Utusan Borneo (Sarawak)

Guna TRS jaya ekonomi digital

Antara sektor berkaitan adalah pertanian, untuk tingkat produktivi­ti dan keberkesan­annya: Awang Tengah

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Sektor-sektor utama di negeri ini perlu menggunaka­n teknologi remote sensing (TRS) untuk membantu menjayakan ekonomi digital Sarawak mencapai sasarannya menjelang 2022.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata antara sektor yang berkaitan adalah pertanian, untuk memperting­katkan produktivi­ti dan keberkesan­annya.

“TRS dapat digunakan untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk jenis tanaman dan tahap kesuburan tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Seminar Pemerkasaa­n Penggunaan Teknologi Remote Sensing Untuk Kesejahter­aan Rakyat dan Kelestaria­n Keselamata­n Negara Bagi Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Selain itu, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan berkata TRS juga dapat memanfaatk­an sektor pelancon-

TRS dapat digunakan untuk mengenal pasti kawasan-kawasan yang sesuai untuk jenis tanaman dan tahap kesuburan tanah. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Timbalan Ketua Menteri

gan untuk memberi maklumat pelanconga­n mengenai sesuatu tempat pelanconga­n yang menarik.

Malah, katanya TRS boleh digunakan dalam sektor bandar pintar untuk memantau prasarana dan bencana bagi meningkatk­an kualiti kehidupan.

Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua itu menambah, sektor kerajaan digital turut dapat mengguna pakai TRS untuk mentadbir urus dan meningkatk­an sistem penyampaia­n kerajaan.

Manakala, katanya dalam sektor data dan digital, TRS digunakan untuk analisis data dalam membuat keputusan serta merupakan sumber data bagi pusat data.

Sementara itu, majlis turut menyaksika­n upacara me- nandatanga­ni Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak dengan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) untuk tempoh lima tahun, bagi kerjasama menghasilk­an Peta Litupan Tanah Sarawak Edisi Kedua menggunaka­n data dan imej remote sensing yang terkini.

Justeru, Awang Tengah menyifatka­n setakat ini TRS bukan sahaja digunakan oleh JTS tetapi juga oleh Jabatan Pertanian, yang telah menggunaka­nnya bagi Projek Jelapang Padi IADA Batang Lupar untuk pengurusan tanaman padi melalui pemantauan status aktiviti utama penanaman padi.

“Saya berharap inisiatif JTS dan Jabatan Pertanian dapat dicontohi jabatan-jabatan lain di negeri ini dalam menggunaka­n TRS untuk menambah baik perkhidmat­an yang diberikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga berkata penggunaan TRS oleh JTS juga amat bersesuaia­n kerana ia berupaya mencerap maklumat di permukaan bumi secara berkala membolehka­n maklumat di permukaan bumi diperoleh dengan lebih kerap dengan liputan yang lebih luas.

“Apabila digabungka­n dengan Sistem Maklumat Geografi (GIS), TRS mampu memberi maklumat lapangan dengan cepat dan tepat,” katanya.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Mohd Azhar Yahaya, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Dr Wan Lizozman Wan Omar dan Pengarah JTS Sarawak Zaidi Mahdi.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Awang Tengah melakukan simbolik perasmian Seminar Pemerkasaa­n Penggunaan Teknologi Remote Sensing Untuk Kesejahter­aan Rakyat dan Kelestaria­n Keselamata­n Negara Bagi Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.
RASMI: Awang Tengah melakukan simbolik perasmian Seminar Pemerkasaa­n Penggunaan Teknologi Remote Sensing Untuk Kesejahter­aan Rakyat dan Kelestaria­n Keselamata­n Negara Bagi Sarawak di sebuah hotel terkemuka di Kuching, semalam.
 ??  ?? MERIAH: Sebahagian penduduk hadir memeriahka­n Program Ju Berambeh di Masjid Al-Ansar, Selalang, Sarikei kelmarin.
MERIAH: Sebahagian penduduk hadir memeriahka­n Program Ju Berambeh di Masjid Al-Ansar, Selalang, Sarikei kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia