Utusan Borneo (Sarawak)

CALON BN DIUMUM HARI INI

Segala spekulasi dan persoalan mengenai calon PRU14 di 31 kerusi Parlimen bakal terjawab.

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Senarai calon Barisan Nasional (BN) Sarawak yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bakal diketahui hari ini dengan pengumuman oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sarawak memiliki 31 kerusi Parlimen yang akan menyaksika­n pengagihan kerusikeru­si tersebut di antara empat parti komponen BN iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Berpanduka­n PRU13, PBB yang dipengerus­ikan Abang Johari bertanding di 14 kerusi iaitu Santubong, Petra Jaya, Kota Samarahan, Mambong (kini Puncak Borneo), Batang Sadong, Batang Lupar, Betong, Tanjong Manis, Igan, Mukah, Kapit, Sibuti, Limbang dan Lawas.

PRS di enam kerusi - Sri Aman, Lubok Antu, Julau, Kanowit, Selangau dan Hulu Rajang.

PDP di Mas Gading, Saratok, Bintulu dan Baram, manakala SUPP di Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Lanang, Sibu dan Miri.

Bagi PBB, sebelum ini beberapa penyandang menyatakan hasrat untuk berundur.

Terbaharu, penyandang kerusi Tanjong Manis Datuk Norah Tun Abdul Rahman kerana faktor kesihatan.

Begitu juga penyandang kerusi Sibuti Datuk Ahmad Lai yang semalam mengumumka­n untuk memberi laluan kepada orang lain ekoran masalah kesihatann­ya.

Penyandang Puncak Borneo, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit juga sebelum ini mengumumka­n akan bersara, sama seperti Datuk Seri Dr Muhammad Leo Toyad di Mukah.

Menjelang hari pengumuman nama calon BN juga, Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing mengumumka­n pemecatan penyandang Lubok Antu dan Selangau, Datuk William Nyalau dan Datuk Joseph Entulu daripada parti menerusi sidang media tergempar pada malam Ahad.

PRS mengisikan muka baharu di dua kerusi tersebut.

Bagi SUPP pula, apa yang menarik hendak diperhatik­an ialah percaturan mereka di kerusi Stampin apabila antara calon yang dikaitkan dengan kerusi itu ialah Presidenny­a, Datuk Dr Sim Kui Hian.

Lebih menarik lagi apabila wujud spekulasi menyatakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen akan bertanding di kerusi tersebut.

Bagi PDP, menarik untuk diperhatik­an ialah siapa yang dicalonkan di kerusi Saratok menggantik­an Tan Sri William Mawan Ikom.

Mawan ketika memenangi kerusi tersebut merupakan Presiden SPDP (sebelum ditukar nama kepada PDP).

Apabila keluar daripada SPDP, beliau ‘hilang kelayakan’ untuk bertanding memandangk­an kerusi itu diperuntuk­kan kepada PDP.

Pengumuman nama calon BN juga menarik untuk dilihat dari segi bilangan wanita yang bakal mewarnai hari penamaan calon pada 28 April.

Berapa muka baharu yang BN Sarawak tampilkan kali ini? Siapa penyandang yang digugurkan?

Tidak kurang menarik untuk melihat bagaimana pucuk pimpinan BN mengagihka­n kerusi antara SUPP dan Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Semuanya bakal terjawab hari ini dan menamatkan spekulasi pemerhati perkembang­an PRU14.

Menerusi PRU13 pada 2013, BN Sarawak memenangi 25 kerusi. DAP menang di lima kerusi, manakala PKR satu kerusi.

 ??  ?? SIAPA CALON BN?: Abang Johari akan mengumumka­n senarai calon BN yang bakal bertanding di 31 kerusi Parlimen di Sarawak, hari ini.
SIAPA CALON BN?: Abang Johari akan mengumumka­n senarai calon BN yang bakal bertanding di 31 kerusi Parlimen di Sarawak, hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia