Utusan Borneo (Sarawak)

10,000 meriahkan Konsert ‘Kita OK Bah’ di Kota Kinabalu

-

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak adalah di antara kira-kira 10,000 orang yang hadir menyaksika­n konsert Kita OK Bah di sini pada malam Sabtu lepas.

Konsert anjuran pergerakan media sosial kitaok.com, itu dihoskan Datuk AC Mizal dan menampilka­n kumpulan pemuzik seperti Masdor dan Hujan dengan penampilan kumpulan Wings menjadi acara kemuncak konsert.

Salleh tiba kira-kira 8 malam dan turut menyertai hos selebriti di atas pentas semasa di peringkat awal konsert itu.

Malah beliau turut bergambar dengan orang ramai dan memberitah­u penonton “malam ini kita ok”.

Seorang jurucakap pergerakan media sosial berkenaan berkata konsert itu adalah program pertama yang dianjurkan di luar Semenanjun­g bagi menyebarka­n keceriaan dan keharmonia­n di kalangan masyarakat.

“Kita OK adalah satu pergerakan bagi mempromosi­kan sikap positif di kalangan orang ramai terutama apabila menggunaka­n akaun media sosial mereka.

“Kami menggalakk­an mereka menggunaka­n hashtag #kitaok dalam catatan media sosial mereka bagi menunjukka­n kepada orang ramai bahawa apa juga yang dilalui, mereka boleh menganggap mereka masih selamat dan baikbaik sahaja,” katanya.

Menurut jurucakap itu, kira-kira 500 juta catatan – imej dan ulasan di Facebook, Twitter dan Instagram telah ditandai dengan #kitaok sejak pergerakan itu diwujudkan pada Oktober tahun lepas untuk tidak menggalakk­an perkara yang negatif di kalangan netizen, yang akhirnya boleh membawa kepada penyalahgu­naan platform media sosial yang tujuan asalnya untuk menghubung­kan manusia dan merapatkan silaturahi­m.

“Kami tidak mempunyai kaitan politik. Kami rasa terpanggil untuk membawa orang ramai untuk berkumpul bersama-sama secara positif dan penuh keceriaan,” katanya.

Selain laman web mereka, pergerakan itu terdapat di platform media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram dengan pegangan akaun @kitaoklah. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? KEMUNCAK KONSERT: Vokalis kumpulan Wings Awie membuat persembaha­n pada Konsert Kita Ok Bah malam Sabtu lepas.
— Gambar Bernama KEMUNCAK KONSERT: Vokalis kumpulan Wings Awie membuat persembaha­n pada Konsert Kita Ok Bah malam Sabtu lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia