Utusan Borneo (Sarawak)

11 pendatang maut, 263 diselamat di luar pantai Libya

-

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 11 pendatang haram maut di laut dan 263 lagi diselamatk­an kelmarin dalam dua operasi berasingan di luar pantai Libya, kata tentera laut di negara tersebut.

Dalam operasi pertama, “satu pasukan peronda pengawal pantai... berjaya menyelamat­kan 83 pendatang haram dan menemui 11 mayat di dalam sebuah bot getah lima batu nautika di timur laut Sabratha”, jurucakap tentera laut Jeneral Ayoub Kacem memberitah­u AFP.

Sabratha adalah kira-kira 70 kilometer di barat Tripoli.

“Sebelas pendatang lemas ketika bot getah itu terbalik namun ditemui semula oleh mangsa yang terselamat dan ditarik ke dalam bot,” kata Mohamad Erhouma, anggota pengawal pantai di bandar berhampira­n Zawiyah.

Operasi menyelamat kedua dilakukan di luar pantai Zliten di bahagian timur negara, di mana 180 pendatang dise- lamatkan dari dua bot, menurut Jeneral Kacem. Zliten adalah kira-kira 170 kilometer di timur Tripoli. Pendatang, daripada pelbagai kerakyatan Afrika, “telah menaiki dua bot getah ketika mereka dihalang dan kemudian dibawa pulang ke pelabuhan Tripoli”, kata beliau.

Sejak kejatuhan pada 2011 dan pembunuhan pemimpin diktator selama ini Muammar Ghaddafi, Libya menjadi ruang pelancaran utama bagi pendatang yang melakukan usaha terdesak untuk sampai ke Eropah, selalunya dengan kapal yang tidak dapat digunakan di laut lagi.

Pada tahun lepas sahaja, 3,116 terbunuh ketika cuba menyeberan­gi laut, menurut Organisasi Antarabang­sa bagi Migrasi ( IOM), termasuk 2,833 dari Libya.

Negara yang dilanda konflik itu sering kali dituding bagi eksploitas­i dan layanan buruk terhadap pendatang dari negara Afrika sub-Sahara.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SELAMAT: Pendatang haram dari pelbagai negara Afrika tiba di pangkalan tentera laut di Tripoli kelmarin selepas mereka diselamatk­an dari bot getah di luar pantai Zliten.
— Gambar AFP SELAMAT: Pendatang haram dari pelbagai negara Afrika tiba di pangkalan tentera laut di Tripoli kelmarin selepas mereka diselamatk­an dari bot getah di luar pantai Zliten.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia