Utusan Borneo (Sarawak)

Wira rampas raifal kata dia cuma ‘mahu hidup’

-

NASHVILLE: Seorang lelaki berusia 29 tahun yang merampas senjata api daripada seorang penyerang semasa kejadian tembakan maut di dalam sebuah restoran Nashville kelmarin menolak penghormat­an daripada polis dan pihak lain bahawa dia adalah seorang wira, menyatakan dia bertindak disebabkan oleh keinginann­ya “untuk hidup”.

James Shaw Jr., bapa kepada seorang anak perempuan berusia empat tahun, memberitah­u satu sidang media ketika diapit oleh Datuk Bandar Nashville David Briley dan pegawai penguat kuasa tempatan dan persekutua­n bahawa dia hanya memikirkan untuk menyelamat­kan diri ketika dia bergelut merampas raifal daripada penyerang tersebut semasa satu kejadian amukan di mana empat orang terkorban.

“Saya bukannya seorang wira. Saya hanya seorang insan biasa,” kata penduduk Nashville tersebut, berhenti seketika ketika air mata mengalir di pipinya. “Saya cuma mahu hidup.”

Di sebalik penceritaa­nnya mengenai insiden itu, polis dan mereka yang lain semasa sidang media itu berdiri dan memberi tepukan gemuruh untuk Shaw selepas kenyataan tersebut.

“Dia adalah seorang wira di dalam buku saya,” kata Brennan McMurry, 28, seorang teman yang bersama dengan dia di Waffle House ketika lelaki bersenjata api itu menyerbu masuk sebelum awal pagi, menurut akhbar Tennessean.

Jurucakap Jabatan Polis Metro Nashville Don Aaron berkata tindakan Shaw telah menyelamat­kan banyak nyawa.

“Tembakan telah tidak kedengaran, maka dia memutuskan untuk menuju ke arah penyerang itu, sebenarnya bergelut merampas raifal, membuangny­a di tepi kaunter, dan dalam keadaan itu, penyerang telah melarikan diri,” katanya.

Pihak berkuasa berkata penyerang yang disyaki, dikenali sebagai Travis Reinking berusia 29 tahun, masih lagi diburu pada malam kelmarin.

Shaw yang menyatakan dia bertugas di AT&T, menceritak­an semula bagaimana dia dan McMurry berada di Waffle House ketika mereka mendengar bunyi dentuman, yang pada mulanya dia fikir adalah bunyi pinggan pecah.

Dia kemudian melihat lelaki bersenjata api, yang memakai jaket hijau sahaja, melepaskan tembakan. Ketika Shaw bergerak ke arah tandas, penembak itu mengekorin­ya, membuatkan dia berasa seperti terperangk­ap.

“Saya masih lagi ingat terfikir bahawa dia perlu berusaha bagi pembunuhan ini,” ujarnya.

Shaw berkata ketika dia melihat penyerang berhenti untuk mengisi peluruya, dia melihat peluangnya dan segera merampas senjata tersebut, dan melontarny­a ke tempat lain.

Dia mempunyai satu balutan pada tangan kanannya yang melecur ketika merampas senjata itu.

“Saya tidak kisah. Ia adalah mengenai hidup atau mati pada masa itu,” kata Shaw pada sidang media, sambil menambah dia kemudian pulang ke rumah, menukar pakaiannya dan pergi ke gereja.

Dia berkata sepanjang tempoh itu seakan-akan berlalu dengan terlalu pantas.

“Saya cuma mahu terus hidup. Saya tidak sebenarnya melawan lelaki itu untuk menyelamat­kan orang lain,” katanya.

“Saya mengambil senjata itu supaya saya sendiri dapat keluar. Itu mungkin tidak popular. Namun saya ikhlas untuk melakukann­ya... Itulah yang ada dalam fikiran saya pada masa itu.”

 ?? — Gambar AFP ?? RAIFAL: Gambar serahan Jabatan Polis Metro Nashville menunjukka­n raifal yang menurut polis digunakan dalam kejadian tembakan di Waffle House kelmarin.
— Gambar AFP RAIFAL: Gambar serahan Jabatan Polis Metro Nashville menunjukka­n raifal yang menurut polis digunakan dalam kejadian tembakan di Waffle House kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia