Utusan Borneo (Sarawak)

10,000 berarak di Chile, bantah pencen era Pinochet

-

SANTIAGO: Kira- kira 10,000 berarak melalui bandar utama Chile kelmarin menuntut satu penamat bagi sistem pencen yang diswastaka­n di bawah pemerintah­an diktator Augusto Pinochet, menuntut agar syarat- syarat diperbaiki.

Sambil mengibarka­n kain rentang, melaungkan slogan dengan kuat diiringi bunyi trompet dan dram, pesara dan pekerja bersama dengan ahli keluarga mereka berarak melalui Santiago menuntut satu penamat kepada sistem sekarang, dikenali dengan nama singkatann­ya dalam Sepanyol AFP.

Sistem tersebut, yang menguruska­n $170 bilion dalam bentuk dana, menerima kecaman disebabkan oleh pulangan yang rendah buat pesara, yang telah membawa kepada pembayaran tahunan dijangka berjumlah hingga 70 peratus daripada gaji terakhir mereka.

“Tindakan ini kelihatan untuk memperbaik­i pencen, yang berterusan jatuh di Chile, terutama bagi golongan wanita,” kata ketua bantahan Luis Mesina.

“Ini menuntut potongan terhadap beberapa sektor dan berjuang untuk pencen yang berpatutan.”

Mesina mengetuai pergerakan bantahan No+AFP”, dilancarka­n lima tahun lepas oleh kesatuan yang muncul menentang sistem dan telah menganjurk­an perarakan melibatkan lebih 100,000 orang.

Sistem AFP dicipta pada 1981 oleh ahli ekonomi neoliberal yang dipengaruh­i oleh Milton Friedman dari University of Chicago.

Dikenali sebagai “Chicago Boys”, mereka menggantik­an sistem bayar-bila-kamu-per- gi yang dibiayai oleh kerajaan dengan satu di mana para pekerja dan majikan mereka membayar satu bahagian daripada pendapatan mereka ke dalam dana pencen yang dijalankan secara swasta.

Penunjuk perasaan mahu menamatkan sistem yang memihak kepada satu yang termasuk sumbangan bukan hanya daripada pekerja tapi juga daripada majikan dan negara.

Presiden Chile Sebastian Pinera, yang menyatakan beliau mahu mengubah sistem pencen era Pinochet, telah berjanji akan menggarisk­an beberapa perubahan yang akan melibatkan membawa masuk firma insurans dan membentuk satu versi negara bagi sistem itu.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RIUH: Ribuan pekerja berarak untuk membantah sistem pencen Chile yang diswastaka­n di bawah pemerintah­an diktator Pinochet, di Santiago kelmarin.
— Gambar AFP RIUH: Ribuan pekerja berarak untuk membantah sistem pencen Chile yang diswastaka­n di bawah pemerintah­an diktator Pinochet, di Santiago kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia