Pengarah filem Afrika Selatan mati diserang zirafah
JOHANNESBURG: Seorang pengarah filem Afrika Selatan dibunuh seekor zirafah ketika membuat penggambaran di sebuah hutan simpan di luar Johannesburg, kata pemilik rumah rehat, sambil menambah bahawa beliau meninggal dunia selepas dibawa dengan pengangkutan udara ke hospital.
Zirafah tersebut telah memukul Carlos Carvalho di kepala di Glen Afric Country Lodge di wilayah North West.”
“Ketika Carlos sedang berdiri di depan zirafah, haiwan itu membuka kakinya, menundukkan lehernya dan menghayun kepalanya ke arah Carlos,” Richard Brooker, yang keluarga beliau memiliki rumah tumpangan, memberitahu laman sesawang Netwerk24 Afrikaans.
Zirafah tersebut, bernama Gerald, “tidak melakukan kesalahan”, jelas Brooker.
Callacrew, sebuah agensi penggambaran filem Afrika Selatan, menyatakan Carvalho meninggal dunia pada malam Rabu.
“Ia adalah sangat menyedihkan bahawa kami perlu memaklumkan kematian Carlos
Carvalho, salah seorang DOP ( pengarah fotografi) kegemaran kami,” katanya dalam laman Facebook.
“Carlos merakamkan rencana di Glen Afric dan mengalami pertembungan maut dengan seekor zirafah ketika dalam penggambaran.”
Carvalho, seorang bapa kepada dua anak dan berusia 47 tahun, dilaporkan sedang melihat melalui kamera untuk mengambil imej jarak dekat zirafah tersebut ketika insiden itu berlaku.