Utusan Borneo (Sarawak)

OKU BUTA BERSEMANGA­T MAHU MENGUNDI

-

SIBU: Seorang tukang urut cacat penglihata­n, Yap Chong Yap antara pengundi tidak mahu melepaskan peluang menunaikan hak demokratik mereka sebagai pengundi hari ini (9 Mei).

Yap mengurus pusat urut bersama dua rakan lain memberitah­u dia jarang terlepas peluang mengundi.

“Saya mula mengundi sejak berusia 21 tahun dan hanya terlepas sekali apabila saya berada di luar kawasan,” katanya di sini semalam.

Yap, 57, berkata isterinya, Chia Lee Teh memandunya ke pusat pengundian untuk melaksanak­an hak mengundi.

“Kami berdua mengundi di Lanang dan pergi ke pusat pengundian selepas jam 2 petang. Ini kerana kami perlu bekerja sebelah pagi dan lebih-lebih lagi pusat mengundi penuh orang ramai berbaris panjang,” katanya.

Yap kehilangan mata kanannya ekoran kemalangan, malah mata kirinya juga tidak dapat melihat.

Kemalangan itu berlaku semasa dia bekerja sebagai pemandu jentolak di sebuah kem pembalakan di Miri kirakira 20 tahun lalu.

“Saya menaiki sebuah pacuan empat roda dipandu seorang rakan apabila bertembung dengan sebuah kenderaan,” katanya.

Rakan kongsi beliau, Nari Jerayit, 62, juga tidak melepaskan peluang mengundi bersama isterinya, Uton Bilum juga cacat penglihata­n.

“Kami akan pergi ke pusat pengundian pada waktu pagi dan berharap pihak terbabit dapat menyediaka­n pengangkut­an untuk kami pergi ke pusat pengundian,” katanya.

Ditanya bagaimana melalui proses mengundi sebelum ini, beliau menjawab: “Kami akan memberitah­u petugas di pusat mengundi siapa kami mahu undi.

“Selepas itu saya akan membuat tanda ‘X’ pada kertas undi dengan bantuan mereka,” katanya tinggal di Kampung Sentosa, sebuah kawasan di bawah Parlimen Lanang.

 ??  ?? SEDIA MENGUNDI: Yap (kiri) bersama Jerani Ngalambang, Uton dan Nari bersedia mengundi hari ini.
SEDIA MENGUNDI: Yap (kiri) bersama Jerani Ngalambang, Uton dan Nari bersedia mengundi hari ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia