Utusan Borneo (Sarawak)

JADIKAN SARAWAK KUASA SUKAN NEGARA

Kerajaan negeri terus memberi fokus terhadap pembanguna­n fasiliti sukan, kata Abang Johari

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Kerajaan negeri terus memberi fokus terhadap pembanguna­n fasiliti sukan dalam usaha mengangkat Sarawak sebagai kuasa sukan di negara ini.

Ke arah itu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengumumka­n tiga lagi fasiliti sukan akan dibina di sini iaitu trek velodrome, gelanggang bola tampar dan badminton.

“Kerajaan meluaskan semua fasiliti untuk kita membangunk­an sukan seperti velodrome, badminton dan bola tampar kerana kita ada potensi dalam sukansukan itu,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Pusat Akuatik Pandelela Rinong di Kompleks Stadium Sarawak di sini semalam.

Menurut Abang Johari, penyediaan lebih banyak fasiliti sukan bertaraf antarabang­sa dapat membantu memberi pendedahan kepada atlet-atlet Sarawak agar dapat meningkatk­an prestasi mereka seterusnya mengangkat mutu sukan negeri ini.

Jelasnya, pada masa sama membolehka­n Sarawak menjadi tuan rumah pelbagai kejohanan bertaraf dunia.

“Ini akan menggalakk­an sektor pelanconga­n sukan kerana dengan adanya fasiliti itu kita dapat menarik atletatlet dari luar negara untuk datang ke Sarawak.

“Paling penting ialah interaksi antara atlet antarabang­sa dan tempatan kerana mereka boleh menilai kemampuan diri untuk bersaing dengan atlet-atlet dari negara luar,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau memuji komitmen Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak kerana berjaya membawa pelbagai kejo- hanan bertaraf antarabang­sa ke negeri ini.

Terdahulu, Abang Johari menyampaik­an insentif berjumlah RM500,000 kepada Pandelela sebagai menghargai sumbangan beliau mengharumk­an nama negara dan Sarawak pelbagai kejohanan dunia.

Mengenai pusat akuatik tersebut, beliau menjelaska­n pertukaran kepada nama Pandelela diputuskan oleh Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan kabinet se- lepas kejayaan atlet itu pada Sukan Olimpik 2016.

Hadir sama isteri beliau, Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) Dr Ong Kong Swee dan kedua-dua ibu bapa Pandelela, Pamg Joheng dan Hartini Lamim.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Abang Johari (lima kanan) merasmikan Pusat Akuatik Pandelela Rinong bersama (dari kanan) Hii, Pamg, Snowdan, Abdul Karim, Juma’ani, Hartini, Pandelela, Sabariah dan Ong di Kuching semalam.
RASMI: Abang Johari (lima kanan) merasmikan Pusat Akuatik Pandelela Rinong bersama (dari kanan) Hii, Pamg, Snowdan, Abdul Karim, Juma’ani, Hartini, Pandelela, Sabariah dan Ong di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia