Utusan Borneo (Sarawak)

Hartanah, akaun bank bekas presiden Peru disita

Tindakan atas perintah mahkamah itu adalah sebahagian daripada siasatan rasuah: Pendakwa raya

- DUNIA

LIMA: Pendakwa raya di Peru kelmarin merampas lima hartanah dan akaun bank milik bekas presiden Ollanta Humala, yang diberi tempoh sehingga malam kelmarin untuk mengosongk­an kediaman utamanya di Lima, kata pendakwa raya dan peguamnya.

Polis mengepung rumah bekas presiden itu dalam kawasan kejiranan Surco di Lima, manakala pendakwa raya memberitah­unya bahawa hartanahny­a dirampas sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah.

Hartanah itu “diandaikan telah diperolehi dengan wang haram”, sebut satu kenyataan yang menjelaska­n tindakan oleh pendakwa raya yang bertanggun­gjawab ke atas siasatan pengubahan wang.

Perintah mahkamah turut meluluskan rampasan akaun bank Humala, katanya.

Humala, yang menjadi presiden Peru dari 2011 hingga 2016, sedang disiasat untuk AS$3 juta (RM11.4 juta) dalam sumbangan kempen yang dikatakan diterimany­a daripada Odebrecht, sebuah syarikat pembinaan gergasi dari Brazil yang menjadi tumpuan skandal rasuah yang menjangkau seluruh rantau berkenaan.

Dia serta isteri dan anaknya diberi masa sehingga jam 10 malam waktu tempatan untuk mengosongk­an rumah mereka di Lima, kata peguamnya Cesar Nakazaki.

Tindakan itu diambil hanya seminggu sahaja selepas Humala dan isterinya Nadine Heredia dibebaskan dari penjara selepas ditahan selama sembilan bulan.

Mahkamah Perlembaga­an di negara itu memutuskan pasangan itu, yang mempunyai tiga anak kecil, boleh hidup bebas sementara menunggu perbicaraa­n.

“Sumbangan kepada kempen bukan satu jenayah,” kata Humala pada Ahad lepas dalam satu wawancara dengan America Television.

“Apa yang mereka mahu buat adalah menjadikan sumbangan kempen sebagai satu jenayah.”

Humala, seorang leftenan kolonel yang sudah bersara dan berusia 55 tahun, merupakan seorang daripada empat bekas presiden Peru yang sedang disiasat berhubung pembayaran yang dibuat oleh Odebrecht, tetapi setakat ini dia merupakan satu-satunya bekas presiden yang telah dimasukkan ke penjara.

Bekas presiden lain adalah Pedro Pablo Kuczynski (20162018), Alan Garca ( 20062011) dan Alejandro Toledo ( 2001- 2006), yang sedang menentang permohonan bagi ekstradisi­nya dari Amerika Syarikat.

Turut disiasat adalah ketua pembangkan­g Keiko Fujimori, anak perempuan bekas presiden Alberto Fujimori (1990-2000), yang menjalani 12 tahun daripada hukuman penjara selama 25 tahun bagi kesalahan mencabul hak asasi manusia.

Kuczynski memaafkan Alberto Fujimori atas sebab kemanusiaa­n pada Disember lalu, yang mencetuska­n skandal yang pada akhirnya membawa kepada peletakan jawatannya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERKAWAL: Anggota polis berkawal di luar rumah Humala di Lima kelmarin selepas mahkamah memerintah­kan pihak berkuasa merampas hartanah dan akaun bank milik bekas presiden itu sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah.
— Gambar AFP BERKAWAL: Anggota polis berkawal di luar rumah Humala di Lima kelmarin selepas mahkamah memerintah­kan pihak berkuasa merampas hartanah dan akaun bank milik bekas presiden itu sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah.
 ??  ?? HUMALA
HUMALA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia