Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada masalah laksana projek

Dapat melaksanak­an projek pembanguna­n perlu belanja besar kerana memiliki pendapatan tambahan minyak, gas

- TEMPATAN

LUBOK ANTU: Kerajaan negeri tiada masalah dalam melaksanak­an projek pembanguna­n yang memerlukan perbelanja­an besar, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Berucap merasmikan Program Sejiwa Senada 2018 di sini semalam, beliau memberitah­u Sarawak mempunyai pendapatan tambahan iaitu daripada minyak dan gasnya.

“Saya telah mengambil syer 25 peratus di MLNG 3 pada bulan lepas dan kini Sarawak sudah mempunyai 25 peratus.

“Daripada MLNG 3, pada tahun ini kita mempunyai dividen sejumlah RM2 bilion, yang mana hasilnya itu akan diberikan kepada rakyat.

“Sehubungan itu disebabkan perkara ini saya berani meluluskan projek yang memerlukan perbelanja­an besar,” katanya sambil memberitah­u bahawa dividen berkenaan akan diterima setiap tahun.

Pada majlis berkenaan Abang Johari turut meluluskan projek berjumlah RM26.6 juta un- tuk pembanguna­n di Lubok Antu.

Sebelum itu, beliau telah meluluskan projek bernilai RM173 juta di Igan dan RM57 juta di Selangau selain projek di kawasan lain.

Berhubung isu yang sama, beliau berkata semua projek pembanguna­n itu akan dipantau dan beliau sendiri akan mendedahka­n kejayaan pelaksanaa­n projek pada Program Sejiwa Senada yang dianjurkan dalam tempoh dua tahun lebih dari sekarang.

“Kita mengadakan Program Sejiwa Senada dalam tempoh dua tahun setengah.

“Pada masa itu nanti saya akan mendedahka­n kepada rakyat mengenai kejayaan pelaksanaa­n semua projek yang telah diluluskan,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcom Mussen Lamoh, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa dan bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Saya telah mengambil syer 25 peratus di MLNG 3 pada bulan lepas dan kini Sarawak sudah mempunyai 25 peratus. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ??
 ??  ?? BERSAMA RAKYAT: Abang Johari (tengah) bersama Masing (tiga kanan), Morshidi (tiga kiri) Jabu (dua kiri), Harden (dua kanan), Mussen (kiri) serta Dr Rayong (kanan) beraksi mengibarka­n bendera pada Program Sejiwa Senada 2018 di Lubok Antu, semalam.
BERSAMA RAKYAT: Abang Johari (tengah) bersama Masing (tiga kanan), Morshidi (tiga kiri) Jabu (dua kiri), Harden (dua kanan), Mussen (kiri) serta Dr Rayong (kanan) beraksi mengibarka­n bendera pada Program Sejiwa Senada 2018 di Lubok Antu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia