Utusan Borneo (Sarawak)

HARI ANGGOTA BOMBA SEDUNIA DIRAI DENGAN SEMANGAT KESIAPSIAG­AAN

-

HARI Anggota Bomba Sedunia 2018, dirai dengan semangat kesiapsiag­aan dalam kalangan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon Tujuh Limbang.

Ketua Bahagian Penguatkua­sa Keselamata­n Kebakaran, JBPM Negeri Sarawak Anuar Shadzat Merdzuki berkata, sambutan Hari Bomba pada 4 Mei setiap tahun diadakan untuk menghargai jasa anggota bomba dalam berkhidmat kepada masyarakat, bangsa dan negara. “Kita mahu anggota bomba khususnya di Limbang agar sentiasa berdedikas­i dalam menjalanka­n tugas,” ujar beliau.

Anuar turut berterima kasih atas kerjasama rapat pihak media dalam menyebarka­n maklumat berkenaan JBPM.

Kerjasama erat ini katanya amat penting dan perlu diperkukuh­kan dari semasa ke semasa.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk penyampaia­n perkhidmat­an terpuji, sijil penghargaa­n kepada media, guru kadet bomba, Pasukan Bomba Sukarela dan lain-lain lagi.

Di LAWAS, sambutan Hari Bomba peringkat daerah Lawas dimeriahka­n dengan kehadiran Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Edmund Dmahai Emboh.

Turut hadir, Timbalan Penguasa Bomba Zon Tujuh Limbang Hamdani Madun, Ketua Unit Penyiasata­n Kebakaran Zon Tujuh Awang Farbu Awang Abdul Hamid, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Zaki Husin.

Acara sambutan diisi dengan gotong-royong, aktiviti keagamaan, berjemaah di Masjid Besar Lawas dan lain-lain lagi.

 ??  ??
 ??  ?? RAI BERSAMA: Anuar memotong kek bersama anggota JBPM Zon Tujuh di Limbang dan tetamu.
RAI BERSAMA: Anuar memotong kek bersama anggota JBPM Zon Tujuh di Limbang dan tetamu.
 ??  ?? TERUS BERKHIDMAT: Edmund (kanan) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada anggota bomba di Lawas atas perkhidmat­an cemerlang, disaksikan Zaki (tengah).
TERUS BERKHIDMAT: Edmund (kanan) menyerahka­n sijil penghargaa­n kepada anggota bomba di Lawas atas perkhidmat­an cemerlang, disaksikan Zaki (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia