Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera patahkan cubaan seludup keluar kenderaan

Tindakan cekap anggota 13 RAMD berjaya tahan suspek dekat sempadan Malaysia-Indonesia

- Oleh Jeremy Lanson

SERIAN: Tindakan cekap anggota Batalion Ke- 13 Rajimen Askar Melayu Diraja ( 13 RAMD) berjaya menghalang seorang lelaki tempatan daripada menyeludup keluar sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) ke negara jiran kelmarin.

Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia berkata suspek berusia 47 tahun itu semasa ditahan berdekatan sempadan Malaysia- Indonesia sekitar jam 9 malam Ahad lepas, mendakwa ingin mengambil sayur di negara jiran itu.

“Kenderaan 4WD tersebut dipandu laju menghampir­i lokasi Operasi Serkap yang dilaksanak­an pihak tentera dan pemandu yang merupakan lelaki tempatan semasa ditahan memberi alasan untuk mengambil sayur dari negara jiran bagi tujuan perniagaan.

“Bagaimanap­un, hasil pemeriksaa­n mendapati kenderaan 4WD tersebut menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu dan semakan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau mendapati kenderaan tersebut dilaporkan hilang pada 30 April baru-baru ini,” katanya.

Suspek bersama kenderaan 4WD yang dianggarka­n bernilai RM40,000 kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

Menurutnya juga, pihak tentera terdahulun­ya telah dimaklumka­n pihak polis bahawa sebuah kenderaan 4WD yang dicuri berkemungk­inan akan diseludup keluar ke negara jiran melalui kawasan Serikin.

“Bertindak atas maklumat tersebut, pihak tentera telah memperting­katkan kawalan keselamata­n serta melancarka­n operasi serkap bagi mengesan kenderaan yang dilaporkan hilang.

“Hasil tindakan pantas dan perancanga­n yang teliti, pihak tentera berjaya mengesan kenderaan 4WD tersebut dan menahan suspek terbabit,” jelasnya.

Kenderaan 4WD tersebut dipandu laju menghampir­i lokasi Operasi Serkap yang dilaksanak­an pihak tentera dan pemandu yang merupakan lelaki tempatan semasa ditahan memberi alasan untuk mengambil sayur dari negara jiran bagi tujuan perniagaan. Jurucakap Divisyen Pertama Infantri Malaysia

 ??  ?? TANGKAP:Suspek dikawal anggota tentera sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a.
TANGKAP:Suspek dikawal anggota tentera sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutny­a.
 ??  ?? KENDERAAN CURI:Kenderaan 4WD yang cuba diseludup keluar ke negara jiran.
KENDERAAN CURI:Kenderaan 4WD yang cuba diseludup keluar ke negara jiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia