Utusan Borneo (Sarawak)

Guru mengaku tidak bersalah mencabul dua murid perempuan

-

MIRI: Seorang guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Batu Niah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pagi semalam atas tiga tuduhan mencabul dua murid perempuan berusia lapan tahun.

Bong Yan Chiaw, 40, dari Taman Pantai Luak, Jalan Bakam di sini didakwa atas tiga tuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap KanakKanak 2017 dan dihukum di bawah Seksyen 14 akta sama serta dibaca bersama Seksyen 16 akta tersebut.

Seksyen 14 memperuntu­kkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh disebat manakala Seksyen 16 memperuntu­kkan hukuman tambahan kepada kesalahan itu iaitu penjara tidak kurang lima tahun dan sebat tidak kurang dua kali jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan.

Berdasarka­n kes pertama, tertuduh sebagai seorang guru didakwa mencabul kehormatan seorang murid perempuan berusia lapan tahun dengan meraba bahagian punggung mangsa bagi tujuan seksual.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pertengaha­n Mac tahun ini dalam sebuah kelas, sebuah sekolah rendah di Batu Niah.

Manakala kes kedua (dua tuduhan), tertuduh didakwa mencabul kehormatan seorang lagi murid perempuan berusia lapan tahun dengan meraba kemaluan mangsa untuk tujuan seksual.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh masing-masing antara Januari hingga Mac tahun ini dan antara 10 Julai 2017 hingga November 2017 di sebuah kelas sekolah sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Aftal Mariz memohon agar ditetapkan tarikh perbicaraa­n memandangk­an tertuduh mengaku tidak bersalah serta minta dibicaraka­n.

Beliau turut memohon agar tertuduh tidak ditawarkan jaminan kerana bimbang tertuduh mengganggu mangsa dan saksi-saksi.

Namun, sekiranya mahkamah membenarka­n jaminan kepada tertuduh, Aftal mencadangk­an satu jumlah tinggi iaitu deposit RM50,000 untuk setiap tuduhan.

Bagaimanap­un, permohonan pendakwa dibantah oleh peguam bela tertuduh dengan alasan selepas ditangkap, tertuduh tidak pernah berhubung dengan mangsa.

Hakim Steve Ritikos membenarka­n permohonan itu dan menetapkan lima hari bermula 3 hingga 7 September tahun ini untuk perbicaraa­n lanjut bagi kes pertama.

Manakala tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan tunai RM12,000 berserta dua penjamin t empatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Sementara bagi kes kedua, Steve menetapkan 18 hingga 28 September untuk perbicaraa­n lanjut dan tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan tunai RM15,000 berserta dua penjamin tempatan.

Manakala di kandang salah, tertuduh memakai kemeja berwarna biru muda hanya mengangguk faham ketika jurubahasa mahkamah membacakan ketiga- tiga tuduhan itu dalam bahasa Mandarin kepadanya.

 ??  ?? AMANG SEKSUAL: Tertuduh diiringi anggota polis dibawa ke Mahkamah Sesyen sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Miri pagi semalam.
AMANG SEKSUAL: Tertuduh diiringi anggota polis dibawa ke Mahkamah Sesyen sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Miri pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia