Utusan Borneo (Sarawak)

Projek berjumlah RM26.6 juta diluluskan di Lubok Antu

-

LUBOK ANTU: Kerajaan negeri telah meluluskan beberapa projek berjumlah RM26.6 juta untuk tujuan pembanguna­n di Lubok Antu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, projek pembanguna­n berkenaan diharap dapat menjadikan Lubok Antu sebagai salah satu kawasan yang moden selain meningkatk­an sosioekono­mi masyarakat­nya.

“Pertamanya, saya meluluskan projek untuk membina stadium mini di Engkilili yang bernilai RM8 juta.

“Selain itu bagi aspek pertanian, memandangk­an kita perlu ada jalan raya yang baik untuk memasarkan produk, maka dengan itu kerajaan meluluskan projek pembinaan jambatan konkrit merentasi Sungai Batang Lupar dari Merebong ke Pasar Engkilili yang bernilai RM3.6 juta,” katanya berucap merasmikan Program Sejiwa Senada 2018 Lubok Antu di Dataran Keling di sini, semalam.

Selain itu Abang Johari turut meluluskan projek menaik taraf tebingan Sungai Lubok Antu dengan kos RM5 juta.

“Dengan itu pada hari ini saya meluluskan projek keseluruha­n RM26.6 juta untuk mentransfo­rmasikan Lubok Antu,” katanya sambil mengumumka­n Dataran Keling kini dinamakan sebagai Town Square Lubok Antu.

Berhubung isu lain, Abang Johari memberitah­u bahawa kerajaan negeri bakal memulakan projek pembinaan Jalan Nanga Kesit-Ulu LemanakEng­kilili sepanjang 25 kilometer.

Katanya projek yang menelan kos RM120 juta itu sepatutnya mendapat peruntukan daripada kerajaan pusat.

“Projek ini sepatutnya dilaksanak­an kerajaan pusat tetapi mereka masih belum memberi peruntukan. Maka itu kita menggunaka­n peruntukan kerajaan negeri terlebih dahulu.

“Fasa pertama pembinaan memerlukan kos perbelanja­an RM50 juta. Selepas itu, kemudian nanti kerajaan pusat akan melaksanak­an projek mengetar (menurap) jalan ini nanti,” katanya.

Beliau berkata jalan itu nanti akan menghubung­kan tiga sekolah, tiga klinik serta kira-kira 10 rumah panjang sekitarnya.

Abang Johari juga berkata kerajaan negeri bakal membelanja­kan RM45 juta bagi tujuan pembinaan jalan dari Nanga Lisom-Mara sepanjang 12 kilometer.

Sementara itu sebelum ini Abang Johari menyerahka­n surat hak milik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dengan lima kawasan dari Lubok Antu dan 13 kawasan dari Undop menerima surat hak milik berkenaan.

Beliau pada masa yang sama turut menyampaik­an Biasiswa Yayasan Sarawak kepada 11 penerima.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohd Morshidi Abdul Ghani, Menteri Muda Industri dan Pelaburan Malcom Mussen Lamoh, Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa dan bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

 ??  ?? SERAH: Abang Johari menyampaik­an replika surat hak milik tanah NCR di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri kepada wakil penerima di Lubok Antu. Turut kelihatan Masing (dua kanan), Morshidi (kiri) dan Jabu (kanan).
SERAH: Abang Johari menyampaik­an replika surat hak milik tanah NCR di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri kepada wakil penerima di Lubok Antu. Turut kelihatan Masing (dua kanan), Morshidi (kiri) dan Jabu (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia