Utusan Borneo (Sarawak)

Program penyukatan kampung tradisi akan diteruskan sehingga selesai

-

MIRI: Program penyukatan kampung tradisi di negeri ini akan diteruskan sehingga selesai seterusnya dikeluarka­n surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata ia termasuk penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) secara keliling dan pengukuran individu atau lot.

“Sehingga kini, sejumlah 835,000 hektar tanah NCR di seluruh Sarawak telah berjaya disukat secara ukur keliling sementara ada antaranya telah disukat secara invidu mengikut permintaan,” katanya ketika berucap pada Majlis Berjumpa Rakyat di Rumah Ampit Lambir, malam kelmarin.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua menjelaska­n penyukatan itu dilakukan secara percuma hasil inisiatif kerajaan negeri dan pusat.

“Kita akan meneruskan­nya memandangk­an Sarawak negeri yang sangat besar dengan pendudukny­a tinggal berselerak, jadi semua ini tidak dapat dilakukan dalam tempoh sama dan ia mengambil masa,” ujarnya.

Sehubungan itu, Awang Tengah mahu pemilik tanah bersabar sementara kerajaan melalui agensinya melakukan kerja-kerja penyukatan secara berperingk­at.

“Perdana menteri telah menyalurka­n jutaan ringgit untuk mempercepa­tkan kerjakerja penyukatan tanah NCR di Sarawak dan kerajaan negeri pula akan menyelesai­kan penyukatan tanah hingga semuanya selesai,” jelasnya.

Tambahnya kerajaan juga telah menyediaka­n peruntukan bagi menaik taraf kemudahan Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) untuk keselesaan rakyat.

“BELB dan BALB, jalan raya luar bandar, jalan kampung, tidak pernah dalam sejarah perdana menteri sebelumnya memberi peruntukan sangat besar iaitu berbilion untuk Sarawak.

“Disebabkan itulah kita dapat memperluas­kan semua kemudahan ini ke rumahrumah panjang dan kampung kerana kerajaan pusat prihatin dan peka dengan keperluan rakyat Sarawak,” ujarnya.

Sehubungan itu menurutnya adalah amat penting kerjasama dan hubungan erat antara kerajaan pusat dan negeri dijaga dengan baik agar rakyat mendapat manfaatnya nanti.

Awang Tengah pada majlis sama mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) masing-masing RM10,000 kepada Rumah Ampit Jembu dan Rumah Gindi.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, ADUN Lambir Ripin Lamat, calon BN Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, Tuai Rumah Ampit Jembu serta tetamu kehormat lain. KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MASwings Sdn Bhd Aminuddin Zakaria di Astana Negeri kelmarin.

Tujuan kunjungan hormat tersebut antara lain untuk memaklumka­n ke- pada Tun Taib bahawa MASwings sejak 10 tahun bertapak di sini mahu meneroka perkhidmat­an ke kawasan pedalaman Sarawak dan Sabah sebagai kawasan tumpuan operasinya.

Seiring dengan wawasan Sarawak Maju dalam Malaysia Tahun 2030, MASwings memainkan peranannya memperkena­lkan Sarawak dengan memperheba­tkan operasi ke kawasan pelanconga­n seperti Mulu dan Bario.

Di samping itu, kunjungan itu juga merupakan kunjungan pertama Aminuddin sejak dilantik sebagai CEO MASwings pada Disember 2016.

 ??  ?? HILANGKAN TEKANAN: Ripin, Asfia, Awang Tengah dan Lukanisman (dari kiri ke kanan) masing-masing menyanyika­n lagu ‘Berkikis Bulu Betis’pada Majlis Berjumpa Rakyat di Rumah Ampit Lambir, malam kelmarin.
HILANGKAN TEKANAN: Ripin, Asfia, Awang Tengah dan Lukanisman (dari kiri ke kanan) masing-masing menyanyika­n lagu ‘Berkikis Bulu Betis’pada Majlis Berjumpa Rakyat di Rumah Ampit Lambir, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia