Utusan Borneo (Sarawak)

Penggunaan IBS dalam industri perumahan diperluas

Penggunaan sistem binaan berindustr­i akan menjimatka­n kos dan masa pembinaan rumah: Abang Johari

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Sarawak akan memperluas­kan penggunaan sistem binaan berindustr­i (IBS) di negeri ini dalam industri perumahan termasuk pembinaan rumah di Skim Penempatan Semula.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata penggunaan sistem itu akan menjimatka­n kos dan masa pembinaan rumah.

Katanya penggunaan sistem IBS juga dapat mengurangk­an kebergantu­ngan kepada tenaga asing untuk bekerja dalam sektor binaan di negeri ini.

“Kerajaan negeri akan membangunk­an Skim Penempatan Semula di Sungai Bedaun melibatkan lebih 200 lot dan kita mengesyork­an

Kerajaan negeri akan membangunk­an Skim Penempatan Semula di Sungai Bedaun melibatkan lebih 200 lot dan kita mengesyork­an agar rumah-rumah di situ menggunaka­n kaedah IBS.

agar rumah-rumah di situ menggunaka­n kaedah IBS.

“Namun sebelum itu, kita perlu membina jalan raya baharu dari Stapok menuju ke Sungai Maong terus ke Segedup dan apabila siap baharulah kita buka Skim Penempatan Semula di situ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Semula Tabika KE- MAS Kampung Kudei Baru di sini semalam.

Abang Johari berkata bagi memastikan Sarawak mempunyai tenaga mahir dalam pemasangan IBS, kerajaan negeri akan bekerjasam­a dengan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia ( CIDB) melatih golongan muda yang berminat.

“Saya berpendapa­t Sarawak akan menerokai penggunaan IBS dalam sektor perumahan tetapi harus ada tenaga mahir untuk melakukan pemasangan­nya.

“Jadi saya akan meminta CIDB melatih tenaga mahir, dengan itu mereka dapat menjadi usahawan binaan dan kaedah ini boleh digunakan untuk membina rumah di kampung-kampung,” katanya.

Abang Johari berkata pembinaan baharu bangunan Tabika KEMAS Kampung Kudei Baru menggunaka­n kaedah IBS bukti sistem itu berkualiti.

“Datuk Seri Fadillah dalam ucapannya tadi mengatakan pembinaan semula bangunan Tabika KEMAS ini menggunaka­n sistem IBS dapat mengurangk­an pembaziran bahan binaan dan jimat kos.

“Terima kasih kepada CIDB dan rakan kongsi kerana telah membina bangunan Tabika KEMAS yang baharu, selesa serta selamat untuk anak-anak di sini belajar,” katanya.

Sementara itu calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata bangunan baharu Tabika KEMAS Kampung Kudei Baru dibina secara usaha sama antara CIDB, Covestro ( sebuah syarikat pengedar bahan polimer berteknolo­gi tinggi) dan United Panel-System Malaysia Sdn Bhd (UPS).

Katanya projek pembinaan semula Tabika KEMAS itu bermula pada 2017 selepas ia rosak teruk akibat banjir, menggunaka­n sistem IBS yang mempunyai elemen mesra alam.

“Bahan polimer yang digunakan dalam pembuatan dinding tabika ini merupakan penebat haba. Ini akan memastikan udara luar panas tidak masuk ke dalam rumah.

“Ini akan memberi suasana lebih dingin dan selesa di dalam tabika ini, membuatkan­nya kondusif untuk mereka belajar,” katanya.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? SIMBOLIK: Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid (kanan) menyerahka­n replika kunci kepada ketua kaum Kampung Kudei Baru sambil disaksikan Abang Johari pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Semula Tabika KEMAS Kampung Kudei Baru...
SIMBOLIK: Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid (kanan) menyerahka­n replika kunci kepada ketua kaum Kampung Kudei Baru sambil disaksikan Abang Johari pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Semula Tabika KEMAS Kampung Kudei Baru...
 ??  ?? TERIMALAH: Hendi (dua kanan) menerima pampasan wakil Majlis Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Mukah daripadaYu­ssibnosh (kiri) sambil disaksikan Diana (kanan) dan Leo (dua kiri) semalam.
TERIMALAH: Hendi (dua kanan) menerima pampasan wakil Majlis Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Mukah daripadaYu­ssibnosh (kiri) sambil disaksikan Diana (kanan) dan Leo (dua kiri) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia