Utusan Borneo (Sarawak)

48 kawasan seluas 16,143 hektar di Limbang diwartakan

-

LAWAS: Bahagian Limbang merekodkan sebanyak 48 kawasan yang melibatkan keluasan seluas 16,143 hektar telah diwartakan di bawah Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri di bawah program pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) inisiatif baharu.

Penolong Pengarah Survei Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Rozlan Putit berkata, daripada jumlah tersebut 45 kawasan yang diwarta merangkumi keluasan kira-kira 13,918 hektar telah diserahkan kepada penduduk.

“Untuk bahagian Limbang sahaja, setakat ini secara keseluruha­n sejumlah 53 kawasan meliputi keluasan 20,780 hektar telah disukat pihak kami.

“Pada hari ini (semalam) kawasan Sahabat Baru, Lawas menerima penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera fasa kedua yang melibatkan keluasan 129.3 hektar,” katanya ketika ditemu bual Utusan Borneo pada majlis penyerahan warta tersebut di Dewan Kampung Long Tuma di sini, semalam.

Turut hadir pada maj- lis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong.

Jelasnya, ini merupakan warta fasa kedua yang di- serahkan kepada penduduk kampung selepas fasa pertama melibatkan keluasan 196 hektar diserahkan kira-kira dua tahun lepas.

Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua dalam ucapannya pada majlis tersebut berkata, inisiatif baharu penyukatan tanah NCR yang mula diguna pakai sejak 2010 ini telah berjaya mempercepa­t proses pengukuran dan pewartaan.

“Inilah komitmen kerajaan negeri untuk berusaha membantu merealisas­ikan hak setiap kelompok masyarakat Bumiputera dalam mengiktira­f tanah NCR ini.

“Malahan, kerajaan turut mengadakan seminar yang melibatkan ketua-ketua masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menerima dan mendengar apa sahaja cadangan daripada mereka berkenaan tanah adat ini,” katanya.

Jelasnya, kerajaan persekutua­n turut membantu kerajaan negeri dalam menyalurka­n peruntukan bagi membantu mempercepa­tkan pengukuran tanah adat di Sarawak sejak tahun 2010.

 ??  ?? TANAH NCR: Awang Tengah (berdiri, empat kiri) menyempurn­akan penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera kawasan Sahabat Baru di Kampung Long Tuma semalam.
TANAH NCR: Awang Tengah (berdiri, empat kiri) menyempurn­akan penyerahan Warta Rizab Komunal Bumiputera kawasan Sahabat Baru di Kampung Long Tuma semalam.
 ??  ?? BOLEH DIGUNAKAN: Fatimah (depan, lima kiri) bersama yang lain pada sesi fotografi di atas Jambatan Sungai Ud Muara.
BOLEH DIGUNAKAN: Fatimah (depan, lima kiri) bersama yang lain pada sesi fotografi di atas Jambatan Sungai Ud Muara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia