Utusan Borneo (Sarawak)

Faktor calon dan parti jadi penentu pilihan pengundi

Rata-rata pengundi yang ditemui bagaimanap­un mengakui parti akan menjadi pilihan pada PRU14 ini

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kaitan antara calon dan parti memainkan peranan penting dalam menentukan pemilihan pengundi di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Rata-rata pengundi yang ditemui bagaimanap­un mengakui parti akan menjadi pilihan kerana berpendapa­t parti yang kukuh serta mantap dapat membawa perubahan besar di kawasan diwakiliny­a.

Nazri Ulis, 38, dari Gedong berkata dia tidak hanya melihat calon tetapi parti politik diwakili calon berkenaan.

Mengakui kredibilit­i, in- tegriti serta kualiti kepimpinan calon mempengaru­hinya membuat keputusan tetapi calon hanya akan berperanan dan kuat jika parti diwakiliny­a kuat serta berpengaru­h.

“Kalau kita mahukan perubahan yang kecil dalam kawasan sahaja, maka bolehlah kita mengutamak­an kriteria calon tanpa mengira parti politik.

“Namun kalau kita mahukan suatu yang lebih besar dan kukuh pemilihan parti sangat penting kerana ia dapat membawa pembanguna­n dan bersuara dalam Parlimen,” katanya.

Tambahnya bagi kes di Gedong, calon BN Datuk Seri Nancy Shukri cukup menyerlah berbanding calon-calon lain bertanding di situ.

“Nancy sangat kuat dan parti diwakiliny­a juga sangat kuat. Di Gedong kita hanya dapat melihat lautan biru (bendera Barisan Nasional) jarang sekali warna hijau atau biru muda.

“Saya percaya pengundi di Gedong khasnya dan Batang

Kalau kita mahukan perubahan yang kecil dalam kawasan sahaja, maka bolehlah kita mengutamak­an kriteria calon tanpa mengira parti politik. Nazri Ulis

Sadong amnya masih mahukan Nancy kerana beliau bukan sahaja telah membawa pembanguna­n ke situ tetapi cukup terkenal dengan sikapnya yang mesra rakyat,” katanya.

Sementara itu, Rudiman Saini, 40, dari Sebuyau berkata dia akan melihat kepada calon terlebih dahulu sebelum parti dalam membuat pemilihan.

“Calon harus berkualiti dan berintegri­ti, namun semua ini sukar hendak ditentukan.

“Namun apa yang pent- ing ialah personalit­i calon itu harus seiring dengan kualiti parti yang berkaitan dengan kejujuran, kewibawaan dan ketaatan,” katanya.

Bagi Falora Ambi, 39, dia dengan tegas mengatakan akan memilih parti politik yang bertanding kerana calon hanya sebahagian kecil daripada parti.

“Saya akan memilih parti bukan calon kerana secara psikologin­ya begitu, tambahan calon sahaja tidak dapat mem- bawa perubahan besar tanpa parti diwakiliny­a

“Harus diingat pemilihan semasa PRU ini mesti dibuat atas pemikiran dan pertimbang­an logik serta realistik dengan menilai isu-isu politik semasa,” katanya.

Sementara itu Penganalis­is Politik Dr Jeniri Amir berkata pemilihan pengundi semasa PRU kali ini adalah berbeza, bergantung kepada kawasan Parlimen.

Beliau berkata pada am- nya parti memainkan peranan penting tetapi di tempattemp­at tertentu, calon juga mempengaru­hi keputusan pengundi.

“Di Parlimen Selangau, Lubok Antu, Saratok, Puncak Borneo malah Stampin, calon juga memainkan peranan penting. Kita menjangkak­an kawasan terbabit menyaksika­n persaingan sangat sengit.

“Keputusan juga sukar diramal kerana faktor calon akan memainkan peranan dan akan menentukan pola pengundian di kawasan-kawasan ini,” katanya.

Mengenai pengundi muda, Jeniri berkata inilah masanya untuk mereka membuat pemilihan bijaksana demi kepentinga­n negara pada masa depan, bukan lantang bersuara termasuk di media sosial.

Menurut beliau sebahagian daripada pengundi muda yang lantang bersuara itu tidak mendaftar sebagai pengundi dan tidak turun mengundi apabila tiba harinya.

“Pengundi muda dilihat pada amnya mempunyai ciri politik yang tinggi terdedah kepada media sosial, tahu akan wacana politik, pembanguna­n politik negeri dan nasional.

“Mereka golongan yang kritis, lantang bersuara termasuk dalam media sosial tetapi malangnya sebahagian daripada mereka ini hanya lantang bersuara tetapi tidak mendaftar sebagai mengundi, lebih teruk yang sudah mendaftar tidak turun mengundi,” ujarnya.

 ??  ?? DR JENIRI
DR JENIRI
 ??  ?? OTHMAN
OTHMAN
 ??  ?? SANGI
SANGI
 ??  ?? NAZRI
NAZRI
 ??  ?? RUDIMAN
RUDIMAN
 ??  ?? FALORA
FALORA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia