Utusan Borneo (Sarawak)

Pertanding­an di Parlimen Puncak Borneo dijangka sengit

-

KUCHING: Sesengit pertanding­an di Semenanjun­g Malaysia, Parlimen Puncak Borneo juga memperliha­tkan bahang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Parlimen Puncak Borneo adalah membabitka­n pertembung­an hebat antara calon BN Jeannoth Sinel dan calon PKR Willie Mongin walaupun turut disertai calon STAR Buln Patrick Ribos.

Menurut Penganalis­is Politik Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman, isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang dikaitkan dengan Jeannoth memberi ‘liabiliti’ besar kepadanya kerana ia merupakan isu yang sangat dekat di hati masyarakat setempat.

“Tertakluk kepada bagaimana Jeannoth mematahkan dan menepis segala tuduhan terhadapny­a melalui inisiatif dan kesungguha­n beliau untuk memberi penjelasan kepada isu berkenaan.

“Jeannoth masih mempunyai peluang untuk menarik pengundi untuk memilih beliau,” katanya.

Mohd Fadzil menambah, jika Jeannoth dilihat tidak berpotensi untuk menang, tidak mungkin beliau dipilih untuk dijadikan ayam tambatan.

Jelas beliau yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), ia kerana sudah pasti semua perkara sudah dicongak dan diambil kira sebelum pencalonan atau keputusan dibuat.

“Dalam situasi begini, soal menang besar atau kecil bukan lagi aspek yang perlu dijadikan ukuran.

“Tidak mungkin pencalonan beliau dibuat jika tiada keyakinan tertentu sehingga ia boleh membawa risiko yang buruk buat parti,” katanya.

Dilema antara parti politik atau calon juga adalah ibarat kisah ‘ayam atau telur’, yang mana dulu.

Demikianla­hjugadilem­ayang dihadapi Willie yang memasuki kali kedua bertanding dalam PRU di Puncak Borneo (dahulu dikenali Mambong).

Walaupun sokongan kepadanya dikatakan semakin luar biasa, namun faktor parti yang diwakiliny­a agak kurang dominan.

Justeru, Mohd Fadzil berkata ia mungkin menyebabka­n pengundi terpaksa memikirkan aspek yang memberikan kelebihan dan kelangsung­an kemajuan kepada mereka.

Namun segala spekulasi, teka-teki dan analisis yang dibuat oleh pelbagai pihak mengenai siapakah yang akan bergelar Ahli Parlimen di kerusi panas ini bakal diketahui hari ini.

 ??  ?? DEMI NEGARA: Sekumpulan Penan yang dalam perjalanan pulang ke rumah panjang masing-masing di Ulu Baram untuk menunaikan tanggungja­wab.
DEMI NEGARA: Sekumpulan Penan yang dalam perjalanan pulang ke rumah panjang masing-masing di Ulu Baram untuk menunaikan tanggungja­wab.
 ??  ?? MOHD FADZIL
MOHD FADZIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia