Utusan Borneo (Sarawak)

Kempen PRU14 di Sarawak kurang hebat, kurang meriah

-

KUCHING: Kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Sarawak dilihat kurang hebat dan kurang meriah dari segi penggantun­gan poster politik dan penganjura­n ceramah.

Penganalis Politik Dr Jeniri Amir berkata kekurangan ‘ keghairaha­n’ berkempen pada PRU kali ini mungkin disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) baharu dua tahun berlalu.

Beliau berkata kekerapan pilihan raya di Sarawak iaitu hampir dua tahun lebih memberi kesan keletihan kepada pengundi di Sarawak.

“Kita (Sarawak) telah berpolitik terlalu lama dan untuk PRU14, orang (di Sarawak sudah bermain politik tiga tahun, jadi disebabkan keletihan itu, dapat digambarka­n bahawa jumlah yang hadir ceramah dan jumlah ceramah menurun.

“Malah poster dan bendera parti bertanding yang digantung juga tidak sehebat dan semeriah dahulu,” katanya.

Menurutnya pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya nasional tidak sama dengan PRN yang selalunya jauh lebih hebat daripada PRU bagi konteks Sarawak.

Perkara itu berlaku katanya, disebabkan pemisahan atau pengasinga­n PRU dan PRN.

Beliau turut menjangkak­an jumlah pengundi yang keluar mengundi kali ini juga mungkin menurun pada amnya di Malaysia daripada 85 peratus pada 2013 (PRU13) kepada 77 peratus sahaja (PRU14).

“Peratusan mengundi di Sarawak pada PRU kali ini juga akan menurun dengan tidak ramai akan balik ke kampung halaman dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata kempen semasa pilihan raya penting termasuk secara bersemuka selain menerusi medium media sosial termasuk di rumah panjang dan kampung.

“Orang kita mahukan sentuhan peribadi, yang keras menjadi lembut, yang membangkan­g akan kembali menyokong.

“Saya rasa cara berkempen seperti ini dapat mempengaru­hi pengundi,” ujarnya.

Othman Hassan, 60, juga berpendapa­t sama, melihat suasana berkempen pada pilihan raya kali ini ‘sunyi’ mungkin disebabkan beberapa faktor antaranya Akta Antiberita Palsu 2018.

“Memang kempen PRU ini tidak sehebat Pilihan Raya Negeri yang lepas. Kehanga- tan berkempen itu kurang mungkin sabotaj atau akta berita palsu.

“Poster parti yang bertanding kita hanya dapat lihat dengan banyak dua tiga hari sebelum hari mengundi,” katanya.

Bagi Tuai Rumah Sangi Abu dari Kampung Kudei Iban, secara mata kasar poster atau bahan berkempen lain milik Barisan Nasional (BN) menguasai setiap kawasan di Parlimen Petra Jaya.

“Dari mata kasar seperti Petra Jaya berada di zon yang selesa, kurang sangat bendera, poster mahupun bahan kempen lain milik pembangkan­g diletakkan di sini, seolah-olah pembangkan­g tidak kuat.

“Boleh dikatakan kawasan Petra Jaya adalah kubu kuat BN. Ini kerana pembanguna­n yang telah dibawa BN ke kawasan ini,” katanya.

Tambahnya, suasana berkempen di Petra Jaya juga aman tanpa sebarang kekecohan berlaku dan tidak banyak bahan kempen dirosakkan oleh individu tidak bertanggun­gjawab.

“Apa yang saya lihat parti BN yang bertanding berkempen dengan penuh berintegri­ti, menghormat­i antara satu sama lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia