Utusan Borneo (Sarawak)

Orang ramai dipelawa hadiri ceramah awam Jumaat ini

-

KUCHING: Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) mengalu-alukan lima peserta permulaan yang dipilih menyertai siri pertama Makmal Permulaan TEGAS (TSL) baru-baru ini.

TSL adalah sebuah program inkubasi bertujuan melengkapk­an usahawan tempatan Sarawak dengan peralatan bagi mempercepa­tkan pertumbuha­n perniagaan mereka selain menyumbang kepada ekonomi digital negeri.

Peserta yang dipilih untuk TSL menikmati akses kepada kemudahan dan rangkaian Hab Inovasi Digital TEGAS atau TDIH dan latihan, bimbingan perniagaan dan sesi perkongsia­n pengetahua­n oleh pakar industri.

Antara topik-topik yang dirangkumi dalam pembinaan perniagaan dan komponen perkongsia­n pengetahua­n dalam program itu termasuk pengurusan strategik, pengurusan kewangan, jualan, pemasaran, harta intelek dan banyak lagi.

Lima syarikat permulaan perniagaan cemerlang yang dipilih bagi program berkenaan adalah Trifold X, The Tuyang Initiative, Menur, Thirst Milkshake dan Digital Curve.

“Kami percaya kesemua lima terpilih ini mempunyai bakat, kemahiran dan ber- cita-cita untuk berjaya dalam ekonomi digital hari ini.

“TSL adalah pelaburan kami untuk menghasilk­an potensi permulaan bagi Kampung Digital dan ke arah memperkasa­kan usahawan muda di Sarawak,” kata Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi TEGAS Datu Len Talif Salleh.

TEGAS akan bekerjasam­a dengan Satu Creative untuk melaksanak­an program tersebut selepas kedua- duanya menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) pada Pameran Latihan dan Kerjaya Sarawak (SCaT Fair) 2018 Mac lepas.

Pemeteraia­n MoU berk- enaan disaksikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, yang menyaksika­n keduadua pihak bersetuju bekerjasam­a dalam membangun serta melaksanak­an program pembanguna­n usahawan di Sarawak.

“TEGAS telah melakukan usaha yang amat hebat dalam menyokong ekosistem keusahawan­an di negeri ini terutama bagi usahawan muda seperti kami.

“Kami baru-baru ini telah menyertai program kem lati- han anjuran TEGAS dan kami antara salah satu pemenang program terbabit. K

“ami berharap dapat mengembang­kan perniagaan kami melalui TSL,” kata pengasas bersama Trifold X, Chandrika Ong.

Sementara itu pengasas Menur, iaitu syarikat pengeluar tudung berkualiti tinggi yang dieksport ke Brunei dan Indonesia, Natasha Jasmina Edwina berkata: “Kami sangat teruja kerana dipilih sebagai salah satu daripada inkubator dan kami telah menggunaka­n apa yang dipelajari daripada latihan serta bengkel sebelumnya bersama Satu Creative anjuran TEGAS,” katanya.

Satu Creative adalah sebuah syarikat latihan dan perundinga­n yang memberi tumpuan kepada penyampaia­n program pembanguna­n usawahan berimpak tinggi.

Syarikat berkenaan terlibat dalam pelbagai program pembanguna­n keusawahan­an di seluruh Malaysia dengan organisasi seperti Pusat Pembanguna­n Usahawan & Penyelidik­an (CEDAR) dan Pusat Inovasi & Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

“Keusahawan­an memberi peluang kepada orang ramai untuk memenuhi impian mereka dan membuat sesuatu yang lebih besar daripada diri mereka sendiri.

“Sebahagian daripada tugas kami di TEGAS dan Satu Kreatif adalah untuk meletakkan lebih banyak alat dan sumber ke tangan orang yang mentransfo­rmasikan dunia,” kata Pengarah Urusan Satu Creative Azuar Zainuddin. KUCHING: Orang ramai yang berminat dipelawa menghadiri ceramah awam bertajuk ‘The Odyssey Magnificen­t: ‘Closing the Gap Between Rural and Urban Education’ anjuran Institut Pengurusan Sarawak pada 11 Mei (Jumaat) bermula jam 3.30 petang hingga 5.30 petang di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.

Penceramah jemputan Profesor Emeritus Ibrahim Ahmad Bajunid akan berkongsi pengalaman dan buah fikiran beliau yang diadakan secara percuma kepada semua.

Menurut kenyataann­ya semalam, visi Institut Pengurusan Sarawak adalah menjadi golongan pemikir untuk mempromosi­kan cita rasa amalan dan piawaian pengurusan.

Pihaknya berusaha menyediaka­n interaksi yang relevan di antara perangka polisi tersebut dan perancang pembanguna­n serta sektor perniagaan untuk pemahaman yang lebih baik dan hubungan itu juga menyediaka­n platform bagi pengurus sektor swasta memberi input yang diperlukan untuk perumusan dasar dan rancangan kerajaan.

Ibrahim memegang banyak jawatan termasuk presiden Persatuan Pendidikan Malaysia (MAE), Majlis Pengurusan Pendidikan Malaysia dan Kepimpinan dan pengarah IAB Global (Inspiring Authentic Benevolenc­e).

Beliau juga merupakan timbalan naib canselor Universiti Antarabang­sa INTILaurea­te dan profesor pengurusan, pendidikan dan sains sosial selain pengarah Pusat Serantau Untuk Perancanga­n Pendidikan Emiriyah Arab Bersatu, profesor pengurusan, kepimpinan dan pengajian dasar dan dekan pengasas Fakulti Kemanusiaa­n dan Sains Sosial di Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).

Beliau yang kini merupakan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) - institut pengurusan pendidikan kebangsaan dan kepimpinan turut bergiat aktif sebagai fellow cemerlang Institut Pengajian Strategik dan Antarabang­sa, Cemerlang Bersekutu Institut Kepimpinan Pendidikan, perunding Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya dan Felo Kanan Universiti Islam Malaysia.

Kami percaya kesemua lima terpilih ini mempunyai bakat, kemahiran dan bercita-cita untuk berjaya dalam ekonomi digital

ini. ” hari Datu Len Talif Salleh Pengerusi TEGAS

 ??  ?? MENTOR:Peserta inkubator bagi program TSL bersama mentor mereka Azuar.
MENTOR:Peserta inkubator bagi program TSL bersama mentor mereka Azuar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia