Utusan Borneo (Sarawak)

PUSAKA menghantar delegasi ke INDEX India di Mumbai, 3-6 Mei lepas

-

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak ( PUSAKA) telah menghantar ‘STIDC Pool of Young Designers’ (POYOD) ke Mumbai, India untuk menyertai edisi ke-30 INDEX India, Pameran Rekaan Dalaman, Seni Bina dan Reka Bentuk Antarabang­sa anjuran UMG INDEX TradeFairs Pte Ltd, India bermula 3 hingga 6 Mei lepas.

Menurut kenyataan PUSAKA semalam, ia bertujuan meneroka potensi pasaran besar yang ditawarkan di India.

Pasukan itu telah membawa bersama mereka 19 reka bentuk dan produk baharu yang berbeza pada pameran tersebut.

Pasukan itu diketuai Pemangku Timbalan Pengurus Besar PUSAKA Dayang Nena Abang Bruce, bersama pasukan pemasaran daripada Samling Housing Products Sdn Bhd, Miri dan pegawai PUSAKA yang lain.

Penyertaan POYOD dalam acara itu turut dibantu Sujak Hasbollah, pereka kreatif yang terlibat dalam pelaksanaa­n program POYOD PUSAKA.

Penyertaan PUSAKA di INDEX Mumbai adalah sebahagian daripada program promosi PUSAKA untuk mempromosi dan mengkomers­ialkan reka bentuk baHAru yang dibangunka­n di bawah program POYOD.

“Tujuan kami adalah untuk meneroka potensi produk berasaskan akasia secara global.

“Pasaran di India untuk perabot sangat besar. INDEX Mumbai adalah penyertaan POYOD pertama kali dan kami bukan sahaja akan memberi ahli POYOD pendedahan dan pengalaman pasaran tetapi juga untuk menubuhkan pasaran bagi perabot Sarawak di India.

“Pihak kami juga menyediaka­n latihan intensif dengan kerjasama pemain industri tempatan, kepada graduan baharu yang dipilih daripada Sekolah Reka Bentuk Perindustr­ian UNIMAS bertujuan menyediaka­n tempat bagi pereka muda sedia ada untuk industri perabot di Sarawak.

“Maka menjelang 2030, kami menyasarka­n untuk menghasilk­an sekurangku­rangnya 100 pereka muda terlatih di bawah program POYOD ini, “kata Pemang- ku Pengurus Besar PUSAKA Hashim Bojet semalam.

POYOD telah menerima kunjungan Prem Nath daripada Prem Nath & Associates, pakar seni bina terkenal dan besar serta salah seorang ahli panel pelantikan yang merasmikan pameran POYOD.

“Kami menerima sambutan menggalakk­an daripada para pelawat tempatan dan antarabang­sa.

“Pada hari pertama, lebih 300 pelawat dari latar belakang berbeza telah melawat gerai kami dan menunjukka­n minat bagi koleksi perabot acacia kami yang dipamerkan,” kata Dayang Nena.

Program itu diilham dan dilaksanak­an PUSAKA sebagai sebahagian daripada usaha memudahkan transforma­si industri kayu di Sarawak.

Ia adalah selaras dengan visi PUSAKA dan Pelan Strategik jangka panjang untuk meningkatk­an pendapatan eksport produk kayu bernilai tinggi seperti perabot menjelang 2030 hasil usaha sama PUSAKA dan UNIMAS di bawah kerjasama Kursi PUSAKA.

Sebanyak enam ahli kumpulan pertama POYOD kini menjalani latihan setahun dengan Samling Housing Products Sdn Bhd di Miri sejak 15 Januari tahun ini.

Pereka kreatif yang terlibat adalah khusus memberi tumpuan membangunk­an ahli POYOD bukan sahaja dari segi reka bentuk tetapi penjenamaa­n dan kemahiran pemasaran dan pengetahua­n.

 ??  ?? WAKILI SARAWAK: Pasukan pertama POYOD yang telah ke Mumbai, India baru-baru ini.
WAKILI SARAWAK: Pasukan pertama POYOD yang telah ke Mumbai, India baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia