Utusan Borneo (Sarawak)

A’ssri dilantik pengarah negeri CGSO M’sia, JPM Negeri Sarawak

-

KUCHING: A’ssri Ramli telah dilantik sebagai Pengarah Negeri, Pejabat Ketua Pegawai Keselamata­n Kerajaan (CGSO) Malaysia, Jabatan Perdana Menteri ( JPM) Negeri Sarawak berkuat kuasa 16 April yang lalu bagi menggantik­an Nazrul Rizal Abdul Rahim yang bertukar menyandang jawatan Pengarah Bahagian Kelengkapa­n Fizikal dan Penilaian Teknikal, Ibu Pejabat Ketua Pegawai Keselamata­n Kerajaan Malaysia di Putrajaya.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n semalam, Nazrul Rizal sebelum ini telah berkhidmat di Sarawak selama empat tahun dan empat bulan bermula 2014 sehingga 2018.

Sementara itu A’ssri, 52, berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Awam daripada Universiti Utara Malaysia dan mendapat pengiktira­fan ‘Profesiona­l in Critical Infrastruc­ture Protection’ daripada Critical Infrastruc­ture Institute, Canada.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmat­an awam selama 24 tahun apabila mula menyertai Skim Perkhidmat­an Keselamata­n dan Pertahanan Awam sebagai Pegawai Keselamata­n Kerajaan pada 1 April 1994.

Beliau berpengala­man luas dalam bidang keselamata­n perlindung­an menerusi karier perkhidmat­an, antaranya sebagai Pengarah Negeri, Pejabat Ketua Pegawai Keselamata­n Kerajaan Malaysia Negeri Kedah, Ketua Unit Sasaran Penting dan Kawasan Larangan Tempat Larangan, Ibu Pejabat Ketua Pegawai Keselamata­n Kerajaan Malaysia Putrajaya dan Ketua Unit Keselamata­n Parlimen Malaysia.

Juga Pengarah Negeri Pejabat Ketua Pegawai Keselamata­n Kerajaan Malaysia Negeri Sarawak, Pengarah Negeri Pejabat Ketua Pegawai Keselamata­n Kerajaan Malaysia Negeri Selangor, Ketua Unit Keselamata­n Fizikal, Agensi Nuklear Malaysia dan Pengarah Negeri Pejabat Ketua Pegawai Keselamata­n Kerajaan Malaysia Negeri Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia