Utusan Borneo (Sarawak)

Pengorbana­n bomba kepada rakyat lebih daripada sekadar memadam kebakaran

-

KUCHING: Pengorbana­n anggota bomba kepada rakyat negeri Sarawak lebih daripada sekadar memadam kebakaran malah bergadai nyawa untuk menyelamat­kan ramai orang.

Demikian ujar calon Barisan Nasional ( BN) Parlimen Stampin Datuk Dr Sim Kui Hian yang mahu rakyat mengenang pengorbana­n anggota pasukan berseragam itu dalam membantu rakyat di sini.

“Kadangkala anggota bomba tidak dihargai dan sebilangan mereka tidak dapat disangkal melakukan kesilapan- kesilapan kecil namun diperbesar­kan oleh orang ramai.

“Pekerjaan anggota bomba adalah seperti seorang doktor yang selalu menyelamat­kan nyawa mereka yang sakit tetapi tidak semua rawatan dan pembedahan itu akan berjaya.

“N a m u n , a p a b i l a pembedahan atau rawatan yang diberikan tidak berjaya mereka memarahi kita dan lupa akan banyak nyawa yang pernah kita selamatkan sebelum ini.

“Marilah kita mengubah persepsi itu dan memberi sokongan kepada mereka untuk menjalanka­n perkhidmat­an dengan penuh dedikasi dan bersemanga­t dalam menjalanka­n tanggungja­wab tersebut,” katanya.

Dr Sim berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Derma Darah sempena Hari Anggota Bomba Sedunia 2018 di sini kelmarin.

Program tersebut diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang dan Pengarah JBPM Sarawak Nor Hisham Mohamad.

Justeru beliau meminta anggota bomba yang menyelamat­kan nyawa dan harta benda dihargai dan mereka turut menjadi contoh yang baik dengan menderma darah bagi menyelamat­kan lebih banyak nyawa.

Petugas bomba juga banyak membantu dalam menimbulka­n minat dan kesedaran kepada pelajar di sekolah dan orang ramai untuk menyertai sukarelawa­n bomba.

Beliau memuji usaha tersebut dan menyokong lebih banyak aktiviti sedemikian dijalankan selepas ini.

Seramai 60 anggota bomba lain-lain pangkat menderma darah yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Perubatan Normah di sini.

 ??  ?? DERMA DARAH: Lo (kiri) dan Nor Hisham (dua kiri) berdiri menemani Dr Sim (tiga kiri) bercakap dengan salah seorang penderma darah yang juga anggota bomba di Kuching kelmarin.
DERMA DARAH: Lo (kiri) dan Nor Hisham (dua kiri) berdiri menemani Dr Sim (tiga kiri) bercakap dengan salah seorang penderma darah yang juga anggota bomba di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia