Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harus manfaat semua peluang pembanguna­n disediakan kerajaan

-

SEBUYAU: Rakyat harus memanfaatk­an semua peluang pembanguna­n yang disediakan kerajaan terutama pendidikan untuk memastikan masa depan yang lebih terjamin.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata, untuk itu ibu bapa terutama golongan pelajar perlu menggunaka­n kemudahan pendidikan yang disediakan sebaik-baiknya.

“Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebuyau baharu di tapak Bandar Baharu Sebuyau yang akan bermula tidak lama lagi membuktika­n komitmen kerajaan untuk memastikan kemajuan pendidikan khususnya dalam daerah kecil Sebuyau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguha­n Program Berambeh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Di Hatiku di Dewan Seri Ruai SMK Sebuyau di sini Ahad lalu.

Justeru, Julaihi berharap ibu bapa dan pelajar memastikan mereka menetapkan haluan dan arah tuju yang betul untuk memastikan masa depan yang lebih cemerlang.

Selain itu, Ahli Dewan U n d a n g a n N e g e r i (ADUN) Sebuyau itu turut memberitah­u bahawa usaha sedang dilakukan untuk memastikan GIATMATA akan dapat dipindahka­n semula ke daerah Sebuyau untuk memberi lebih banyak peluang kepada lepasan sekolah membina kehidupan lebih baik.

Berkaitan program yang dianjurkan oleh PTPTN, beliau merakamkan ucapan terima kasih dan berharap PTPTN akan dapat membantu lebih ramai pelajar melanjutka­n pengajian ke peringkat lebih tinggi.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Julaihi (duduk, tengah) merakam kenangan bersama penduduk kampung.
UNTUK ALBUM: Julaihi (duduk, tengah) merakam kenangan bersama penduduk kampung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia