Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Dayak terlibat usahawan tidak dapat mengelak dunia digital

-

MIRI: Masyarakat Dayak yang mahu menjadi usahawan atau berkecimpu­ng dalam bidang perniagaan tidak dapat mengelak daripada terlibat dunia digital.

M e n t e r i M u d a Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata dengan hampir semua urusan hari ini menggunaka­n digital maka peniaga dan golongan usahawan juga tidak dapat mengelak daripada terjebak sama.

“Masyarakat Dayak yang menjadi usahawan tidak boleh mengelak menggunaka­n digital kerana semua urusan perniagaan perlu memasuki dunia ekonomi digital.

“Paling bagus jika dapat mewujudkan aplikasi memuatkan jenama bagi mempromosi­kan perniagaan dan produk keluaran atau perkhidmat­an disediakan bagi memasarkan­nya dengan lebih jauh dan luas,” katanya pada perasmian atau ‘ Ngachau Tikai’ Gawai Dayak Bazar (GDB) 2018 di sini malam Ahad lalu.

Beliau mengingatk­an bahawa persaingan dalam dunia perniagaan amat sengit terutama ekonomi digital di mana segalanya menjadi amat mudah, justeru seseorang usahawan perlu lebih kreatif dan berinovasi.

Menurutnya, hanya melalui kreativiti dan inovasi maka mereka dapat bersaing dan mengembang­kan pasaran bukan sahaja di peringkat domestik malah global.

GDB 2018 dengan motto ‘ Pemangkin Ekonomi Dayak’, berlangsun­g dari 2 hingga 26 Mei kini memasuki tahun keempat penganjura­n oleh Persatuan Gagasan Anak Dayak Sarawak (GADS) dan semakin mendapat sambutan setiap tahun.

Tahun ini menyaksika­n sebanyak 45 gerai didirikan menjual pelbagai jenis makanan tradisi masyarakat Dayak di samping kraf tangan, pakaian bercirikan identiti kaum Dayak serta busana tradisi termasuk sebuah gerai berkembar untuk pameran kenderaan.

Dalam perkembang­an berkaitan, Lee mahu GADS menerokai dan mempelajar­i aplikasi serta terlibat dalam ekonomi digital bagi melahirkan lebih ramai usahawan Dayak berjaya, kreatif serta berinovasi.

Hadir sama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, Penasihat GADS Jetli Jelian, Naib Pengerusi GADS Kelvinson Macringgai, pengerusi penganjur Ganda Anyum serta ahli jawatankua­sa penganjur GDB 2018.

 ??  ?? RASMI: Lee (tengah) memotong reben membuka gulung tikar menyempurn­akan acara ‘Ngachau Tikai’ sebagai simbolik perasmian GDB 2018 di Miri, malam Ahad lalu.
RASMI: Lee (tengah) memotong reben membuka gulung tikar menyempurn­akan acara ‘Ngachau Tikai’ sebagai simbolik perasmian GDB 2018 di Miri, malam Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia