Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Terbuka Tapak Semaian DBKU

-

dalam perniagaan.

“Mekanisme yang kerajaan sediakan memberi peluang untuk manfaat rakyat sebagai membuka jalan kepada mereka mencorak kehidupan masingmasi­ng.

“Dengan adanya pemikiran yang positif serta kebolehan mencipta pembaharua­n dalam kehidupan, para belia harus berusaha lebih gigih bagi mencapai impian.

“Oleh hal yang demikian pembabitan belia dalam bidang perniagaan adalah langkah yang harus dipuji dan berani,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mewakili Timbalan yang tersenarai dalam karnival kali ini,” katanya.

Sekitar 15,000 pengunjung hadir pada program dua hari yang menjadikan pekarangan RTC Betong sebagai lokasi penganjura­n aktiviti.

Pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti untuk disertai dan barang jualan yang disediakan peniaga untuk sajian.

Hadir sama pada majlis perasmian ialah calon Barisan Nasional P.204 Betong Robert Lawson Chuat, Penasihat Penyelidik­an Sains Negeri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isteri Tan Sri Empiang Jabu, Residen Bahagian Betong Friday Belik, Ketua Polis Daerah Betong DSP Mohamad Fahdil Antum Abdullah, ketua-ketua jabatan dan masyarakat. K U C H I N G : D e w a n Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan mengadakan Hari Terbuka Tapak Semaian DBKU pada 12 Mei pada 8 pagi hingga 5 petang di Tapak Semaian DBKU, Jalan Depo di sini.

Ia bertujuan mempromosi­kan Tapak Semaian DBKU sebagai tempat penyemaian benih tanaman landskap di kawasan Kuching Utara.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti jualan benih tanaman, pertanding­an gubahan bunga, pertanding­an ‘word search’, ‘info hunt’ dan taklimat pembiakan tanaman hiasan turut diadakan pada hari terbuka itu nanti.

Pelbagai jenis bunga juga dijual dengan harga menarik.

Bunga semusim seperti Periwinkle, Marigold, Malapodium, Celosia selain tanaman renek dan palma seperti Bougainvil­lea (bunga kertas), Ruellia, Yellow Palm, Golden Penda, Osmoxylum, Euodia, Cordyline, Dracaena dan Calathea.

DBKU berharap dengan adanya Hari Terbuka Tapak Semaian DBKU itu, ia dapat memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai asas pengurusan tanaman hiasan di samping memberi peluang kepada orang ramai berkunjung ke tapak semaian itu di sini.

Selain itu, warga kota juga boleh membeli anak pokok atau bunga sebagai persiapan menjelang Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi dengan tawaran harga yang berpatutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia