Utusan Borneo (Sarawak)

Semua kawasan pedalaman disasar nikmati elektrik menjelang 2025

-

DARO: Kerajaan negeri menyasarka­n semua kawasan pedalaman negeri ini akan menikmati bekalan elektrik menjelang 2025.

Menteri Utiliti (Bekalan Elektrik) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata sasaran itu dapat dicapai berdasarka­n peruntukan RM1.34 bilion telah diluluskan kerajaan persekutua­n bagi tempoh 2016 hingga 2020 dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Bagi elektrik luar bandar sepenuhnya, peruntukan tambahan sebanyak RM6.7 bilion diperlukan daripada kerajaan pusat.

“Bekalan Elektrik Luar Bandar ( BELB) akan disalurkan ke setiap rumah dari Telok Melano sehingga ke Lawas menjelang 2021 dan program ini berterusan kerana ia adalah sebahagian daripada program BELB,” katanya pada Majlis Perasmian Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Talian Grid Negeri Sarawak di Rumah Getai, Sungai Ilas kelmarin.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad dan calon BN Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi.

Sejak 2009, lebih 120,000 isi rumah di luar bandar dibekalkan elektrik 24 jam yang merangkumi sekitar 90 peratus penduduk luar bandar.

Bagaimanap­un, lebih kurang 30,000 isi rumah atau 10 peratus penduduk luar bandar masih belum mendapat elektrik 24 jam.

Mengenai BELB di Rumah Getai, Dr Abdul Rahman berkata projek itu merangkumi Rumah Getai, Rumah Berahim, Rumah Johannas dan Kapitan Ming yang dilaksana kerajaan membabitka­n peruntukan sebanyak RM4.63 juta membolehka­n 400 isi rumah menikmati bekalan elektrik 24 jam.

 ??  ?? ADA ELEKTRIK: Dr Abdul Rahman, Safiee dan Ahmad Johnie menekan suis tanda perasmian projek BELB Talian Grid Negeri Sarawak di Rumah Getai, Sungai Illas.
ADA ELEKTRIK: Dr Abdul Rahman, Safiee dan Ahmad Johnie menekan suis tanda perasmian projek BELB Talian Grid Negeri Sarawak di Rumah Getai, Sungai Illas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia