Utusan Borneo (Sarawak)

RM26,300 menunggu pemenang Karnival Pertanding­an Memancing MGP

-

MIRI: Hadiah wang tunai keseluruha­n berjumlah RM26,300 ditawarkan kepada pemenang Karnival Pertanding­an Memancing MGP yang akan berlangsun­g pada 13 Mei ini.

Jurucakap penganjur Johan Sauni berkata, pertanding­an itu akan berlangsun­g di Kolam MGP Sarawak (Jumbo Senadin) mulai jam 8.30 pagi hingga 3 petang.

Johan dan naib johan masingmasi­ng akan menerima wang tunai RM12,000 dan RM4,000 berserta peralatan pancing.

Sementara tempat ketiga dan keempat akan menerima RM2,000 dan RM1,000 berserta peralatan pancing.

Paling unik katanya, pemenang tempat kelima hingga ke- 35 juga tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana penganjur juga menyediaka­n hadiah sagu hati.

Johan berkata pihaknya akan melepaskan kira-kira satu tan ikan dua hari sebelum hari pertanding­an yang bakal menjadi rebutan pemancing.

Yuran penyertaan yang dikenakan ialah RM100 bagi sebatang joran dan ia terbuka kepada semua pemancing di seluruh Sarawak.

P i h a k p e n g a n j u r menyasarka­n lebih 500 pemancing akan berkampung di kolam berkenaan, termasuk pemancing dari negara jiran.

Setakat ini katanya, lebih 100 pemancing telah mengesahka­n penyertaan dan pihaknya yakin jumlah pemancing akan bertambah pada hari pertanding­an.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Johan Sauni di talian 010- 9760813, Sirin Saluddin (010-7984775) atau Asoon (016-8780300).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia