Utusan Borneo (Sarawak)

PIBG berperanan penting dalam sistem pendidikan negara

-

SIBU: Sejak penubuhann­ya di bawah Akta Pendidikan 1996, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sentiasa memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Naib Pengerusi Lembaga Pengurusan SMK Tung Hua Dr Michael Wong berkata PIBG melibatkan penyertaan ibu bapa sesebuah sekolah dengan meningkatk­an kebajikan dan pendidikan pelajar.

“Ia adalah landasan terbaik ibu bapa dan guru membantu sekolah lebih berjaya dan diuruskan dengan baik,” katanya pada Majlis Pelantikan Ahli Jawatankua­sa PIBG SMK Tung Hua Sesi 2018-2019 dan Sambutan Hari Guru di sini.

Wong Ching Diak dipilih presiden baharu PIBG SMK Tung Hua.

Dr Wong berkata, PIBG bertindak sebagai sistem sokongan di sekolah memastikan tadbir urus baik serta berjalan lancar.

“PIBG ditubuhkan untuk membantu menyediaka­n kemudahan infrastruk­tur dan persekitar­an sekolah yang kondusif untuk pelajar dan guru,” jelasnya.

Beliau berkata terdapat pihak salah anggap m e n g a t a k a n P I B G diamanahka­n dengan kewajipan membantu sekolah secara kewangan.

“Malah, kutipan dana atau sumbangan untuk sekolah biasanya dilakukan secara sukarela dan tidak wajib,” katanya.

Dr Wong menjelaska­n bahawa terdapat keperluan rangkaian perkongsia­n lebih baik dengan ibu bapa dan guru menyokong semua aktiviti sekolah.

Pengetua sekolah itu, Goi Ngouk Yew berkata ibu bapa perlu mengambil serius kepentinga­n menekankan pendidikan sebagai alat utama melawan kejahilan dan prasangka.

Menurutnya, guru bersama ibu bapa memainkan peranan penting membina pelajar jujur dan menjadi warga bertanggun­gjawab.

“Tidak syak ibu bapa dan guru adalah penentu kepada prestasi cemerlang pelajar,” katanya.

 ??  ?? PIBG: Dr Wong (duduk tengah), Goi (tiga kanan), Ching (tiga kiri) bersama ahli jawatankua­sa PIBG SMK Tung Hua.
PIBG: Dr Wong (duduk tengah), Goi (tiga kanan), Ching (tiga kiri) bersama ahli jawatankua­sa PIBG SMK Tung Hua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia