Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita berperanan penting dalam pembanguna­n Wanita juga turut memainkan peranan besar dalam arena politik di Marudi, kata Dr Penguang

- Oleh Sudan Ajang

MARUDI: Wanita memainkan peranan yang amat penting dalam pembanguna­n sesebuah kawasan khususnya di luar bandar.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata wanita juga memainkan peranan besar dalam politik di Marudi.

“Ini kerana jumlah pengundi wanita adalah lebih ramai selain jumlah turun mengundi lebih baik berbanding lelaki.

“Kaum wanita juga lebih jujur dan setia dalam perjuangan politik mereka. Ini disebabkan naluri keibuan mereka,” katanya pada Program Pemerkasaa­n Wanita bertemakan ‘Wanita Sebagai Tulang Belakang Pembanguna­n Negara’ anjuran Wanita Parti Demokratik Progresif ( PDP) Marudi di Dewan Masyarakat Beluru, Sabtu lalu.

Beliau berkata, sebagai contoh sekiranya sesesorang pemimpin tidak disokong dan dibantu oleh isteri, adalah sukar untuk pemimpin tersebut menjalanka­n tugasnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu memuji penglibata­n wanita dalam kepimpinan, contohnya di Marudi terdapat tujuh tuai rumah wanita termasuk seorang tuai rumah wanita pertama Penan, Tuai Rumah Agnes Ngerega.

Beliau menyokong penuh aktiviti seperti ini dan ber- harap dapat diadakan lagi dengan pelbagai aktiviti dan pendedahan baharu kepada wanita seperti keusahawan­an dan ekonomi digital.

Hadir sama isterinya Da- tin Monica Ukong Jaya, Pegawai Daerah Beluru Mohamad Rashdan Hazemi, Pengerusi Majlis Daerah Marudi Kaunselor Edward Mendai, Pengerusi Persatuan Berawan Kebangsaan Datin Catherine Awing, bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Datuk Robert Laing, pengerusi penganjur Kaunselor Teresa Gelang, ketua-ketua masyarakat dan kaum sekitar Beluru.

Hampir 600 peserta dari seluruh daerah Beluru menyertai program tersebut.

Sebelum itu, beliau dan rombongan ke Kampung Melayu Beluru untuk Program Santai Sarapan Pagi dan Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Ngumbang Tia.

 ??  ?? PERKASA: Penguang (berdiri, tengah) bersama isteri menunjukka­n tanda bagus pada Program Pemerkasaa­n Wanita di Dewan Masyarakat Beluru.
PERKASA: Penguang (berdiri, tengah) bersama isteri menunjukka­n tanda bagus pada Program Pemerkasaa­n Wanita di Dewan Masyarakat Beluru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia