Utusan Borneo (Sarawak)

Generasi muda diingat tidak mudah terpengaru­h dengan mesej negatif

-

MIRI: Seorang suami diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya dibebas dengan jaminan RM4,500 berserta dua penjamin tempatan setelah menafikan tuduhan dengan sengaja mencederak­an isterinya.

Hassan Patuok, 38, dari Taman Bahagia Fasa 3, Vista Perdana di sini telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 326A kanun yang sama.

Seksyen 323 memperuntu­kkan hukuman penjara setahun dan denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Manakala Seksyen 326A, hukuman penjaranya sehingga dua kali ganda tempoh maksimum bagi sabitan kesalahan mengikut Seksyen 323.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh dengan sengaja menyebabka­n kecederaan ke atas isterinya yang berusia 39 tahun, di bahagian mata kiri serta mengalami kesakitan dan lebam.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6 petang, 27 April lalu di rumahnya di Taman Bahagia Fasa 3, Vista Perdana di sini.

Terdahulu, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangk­an tertuduh telah mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.

Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie membenarka­n permohonan itu dan menetapkan 25 Mei ini untuk pengurusan kes. MIRI: Generasi muda diingatkan tidak mudah terpengaru­h dengan mesej-mesej negatif sering diviralkan menerusi laman sosial sebaliknya fokus kepada budaya pemikiran positif.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, ini penting kerana kejayaan seseorang adalah bergantung kepada gaya pemikiran yang positif.

“Jangan buang masa dengan membaca artikel-artikel negatif dan tidak berfaedah di Internet. Bila kita sering membaca sesuatu yang negatif, lama-kelamaan kita menjadi seorang yang negatif.

“Justeru, belajarlah sesuatu yang positif, baharu pemikiran kita menjadi positif,” katanya.

Lee berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Anugerah dan Angkat Sumpah Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Miri Ke-56 di sini Ahad lalu.

Hadir sama Naib Presiden Eksekutif Kebangsaan merangkap Pengerusi JCI Sarawak Huang Hui Chen selaku wakil Presiden Kebangsaan Kaunselor Aries Leong bagi mewakili Datuk Sebastian Ting calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Miri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, presiden baharu bagi penggal 2018 Ong Chee Yee dan pengerusi penganjur Patrick Gan.

Lee turut menggesa generasi muda menguasai penggunaan teknologi maklumat agar tidak ketinggala­n dan seterusnya dapat bersaing dalam era dunia lebih kompleks sekarang.

“Semua maklum bahawa kita sekarang hidup dalam era teknologi maklumat sangat mencabar dan lebih kompleks dengan perubahan berlaku saban hari.

“Penggunaan teknologi seperti telefon bimbit dan pelbagai gajet menawarkan banyak aplikasi yang kini menjadi kemestian kehidupan seharian kita. Oleh itu, pastikan generasi kita tidak ketinggala­n dalam trend global berkaitan kemudahan teknologi seperti ini,” ujar beliau.

Tambahnya, apatah lagi dalam usaha kerajaan memberi lebih fokus kepada pembanguna­n ekonomi digital merupakan satu peluang harus direbut oleh generasi muda melibatkan diri dalam perniagaan atas talian yang boleh dilakukan dengan mudah menggunaka­n telefon bimbit di mana sahaja.

Pada majlis itu, beliau mengucapka­n tahniah kepada ahli jawatankua­sa JCI Miri yang baharu dilantik untuk penggal 2018.

Katanya, JCI perlu terus kekal memainkan peranan melahirkan golongan belia berfikiran positif, berdisipli­n dan lebih penting menyumbang kepada pembanguna­n masyarakat dan negara.

“Anda semua harus lebih kreatif dan inovatif serta menggalakk­an ahli melakukan kreativiti dan inovasi dengan menganjurk­an lebih banyak kursus dan latihan untuk ahli.

“Kepada ahli jawatankua­sa baharu, saya mahu anda tampil dengan satu kelainan dengan menganjurk­an aktiviti berbeza daripada kelaziman dilakukan sebelum ini terutama berkaitan dunia digital dan keusahawan­an,” katanya.

Terdahulu, Lee turut menyaksika­n majlis penyampaia­n anugerah kepada beberapa ahli yang menunjukka­n komitmen tinggi kepada JCI dan majlis angkat sumpah barisan jawatankua­sa baharu.

 ??  ?? ANGKAT SUMPAH: (Dari kiri) Aries, Huang dan Lee menyaksika­n upacara angkat sumpah barisan jawatankua­sa JCI Miri dilantik penggal baharu 2018.
ANGKAT SUMPAH: (Dari kiri) Aries, Huang dan Lee menyaksika­n upacara angkat sumpah barisan jawatankua­sa JCI Miri dilantik penggal baharu 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia