Utusan Borneo (Sarawak)

SPR minta penyokong semua parti politik bersikap matang

-

ALOR SETAR: Penyokong mana-mana parti politik yang bertanding dalam PRU14 diminta bersikap matang pada hari pengundian hari ini untuk mengelakka­n sebarang provokasi yang boleh menimbulka­n kekecohan.

Pengarah Suruhanjay­a Pilihan Raya Kedah Zuhri Ismail berkata semua pihak termasuk pengundi hendaklah hadir di pusat pengundian bagi membuang undi dengan penuh semangat positif untuk menegakkan sistem demokrasi, sekali gus mengelak perkara tidak diingini daripada berlaku hari ini.

“Saya percaya dan yakin masa hari pengundian esok (hari ini) di Kedah ini semua akan berjalan dengan lancar dan baik. Penyokongp­enyokong parti politik boleh mengawal keadaan mereka,” katanya ketika ditemui Bernama semalam.

Selain itu, Zuhri turut berpesan kepada semua pengundi di negeri ini supaya menyemak maklumat status pendaftara­n sebagai pemilih dan lokasi mengundi sebelum keluar mengundi untuk memudahkan proses pengundian masing-masing.

Beliau berkata dijangka seramai 1,146,495 pengundi berdaftar akan mengundi di 2,206 saluran undi di Kedah.

Di KANGAR pula, sebanyak 88 sekolah di seluruh Perlis dijadikan pusat mengundi pada PRU14 hari ini.

Pengarahny­a Ahmad Ibrahim Mohd Tayib berkata Pengurus Pilihanray­a (RO) bersama petugas SPR yang dilantik sedang giat menyediaka­n pusat-pusat mengundi tersebut yang mengandung­i 296 saluran dan dijangka siap petang semalam.

“Orang ramai dinasihatk­an keluar awal untuk mengundi esok (hari ini). Jangan lupa bawa MyKad dan jangan sekali-kali serahkan pengenalan diri itu kepada mana-mana pihak kecuali kepada pegawai pusat mengundi untuk disahkan kelayakan semasa hendak mengundi,” katanya kepada Bernama, semalam.

Beliau berkata SPR Perlis menyediaka­n lebih 200 kerusi roda termasuk 100 unit yang dipinjamka­n Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis kepada pihaknya untuk digunakan pemilih berdaftar yang uzur semasa mengundi hari ini.

“Saya ingin ingatkan bahawa SPR hanya bertang- gungjawab terhadap proses pilihan raya. Kes-kes jenayah adalah tanggungja­wab pihak polis,” katanya.

Rekod SPR menunjukka­n terdapat 146,076 pengundi biasa berdaftar di Perlis, manakala pengundi awal yang sudah mengundi pada 5 Mei lepas pula ialah seramai 4,120 orang, selain 25 pengundi luar negara.

Di LABUAN, persiapan akhir sedang dijalankan bagi memastikan semua dokumen yang diperlukan untuk PRU14 hari ini tersedia dan proses mengundi berjalan lancar.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Labuan Raisin Saidin berkata pihaknya semalam te- lah memberi taklimat akhir kepada semua ketua pusat pengundian, ketua pegawai kerani dan kerani yang bertugas hari ini di pusat pengiraan undi di Kolej Matrikulas­i Labuan (KML).

Beliau berkata pihaknya dengan dibantu 500 ejen serta pasukan polis telah menyedi- akan 17 pusat pengundian di seluruh Labuan.

Katanya proses pengiraan undi akan dijalankan di semua pusat pengundian sebelum kertas undi (peti undi) dibawa ke KML.

”Kami menjangka semua peti undi akan tiba di KML secara berperingk­at mulai 6 petang esok (hari ini) dan wakil media dibenarkan memasuki pusat itu bermula 6.30 petang,” katanya.

Berdasarka­n rekod daftar pemilih SPR, seramai 28,356 pengundi di Labuan layak membuang undi pada PRU14 ini.

Di IPOH pula, Pengarah SPR Perak Mohd Nazri Ismail berkata seramai 2,815 Ketua Tempat Mengundi (KTM) dengan dibantu seramai 11,260 Kerani Pengundian/Kerani Mengira Undi ditempatka­n di 778 pusat mengundi melibatkan 2,815 saluran tempat mengundi.

“Kesemua mereka telah membuat persiapan pagi ini (semalam) dan pada sebelah petang ini (semalam), kebanyakan KTM akan bergerak ke tempat masing- masing untuk membuat persiapan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan di Stadium Indera Mulia di sini, semalam.

Beliau berkata terdapat seramai 1.5 juta pengundi berdaftar di Perak dan daripada jumlah itu, 1.47 juta merupakan pengundi biasa, manakala 37,407 lagi adalah pengundi awal yang telah menunaikan tanggungja­wab mereka Sabtu lepas.

Mohd Nazri turut mengingatk­an seramai 28,464 pengundi pos yang berdaftar supaya memulangka­n kertas undi selewat-lewatnya jam 5 petang ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak SPR negeri menyediaka­n 10 buah bot dan 148 kenderaan pacuan empat roda bagi membawa dan menghantar peti undi ke kawasan pedalaman hari ini.

“Pada pilihan raya lepas, kita menggunaka­n perkhidmat­an helikopter untuk ke kawasan Orang Asli, namun disebabkan kawasan berkenaan boleh dihubungi menerusi darat, maka kita menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda,’ katanya.

Katanya sebanyak 42 kenderaan perantara disediakan di beberapa lokasi untuk membawa pengundi ke tempat mengundi yang terletak agak jauh. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIBUK: Para petugas Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) masing-masing sibuk menyiapkan kit keperluan pusat undi sebagai persiapan untuk hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama SIBUK: Para petugas Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) masing-masing sibuk menyiapkan kit keperluan pusat undi sebagai persiapan untuk hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERSIAPAN: Penyelia Pusat Mengundi Khairul Anuar Md Safar menggantun­g banting sebagai persiapan akhir tempat mengundi Parlimen Hulu Langat bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Sungai Serai dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERSIAPAN: Penyelia Pusat Mengundi Khairul Anuar Md Safar menggantun­g banting sebagai persiapan akhir tempat mengundi Parlimen Hulu Langat bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Sungai Serai dekat Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Ketua Pusat Mengundi Mohd Farid Ismail memeriksa peralatan mengundi pada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PERIKSA: Ketua Pusat Mengundi Mohd Farid Ismail memeriksa peralatan mengundi pada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1) dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia