Utusan Borneo (Sarawak)

14,449,200 pemilih berdaftar mengundi hari ini

-

PUTRAJAYA: Seramai 14,449,200 pemilih berdaftar akan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hari ini, kata Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata bagi menjalanka­n proses pilihan raya itu, SPR menyediaka­n 8,253 pusat mengundi di seluruh negara yang melibatkan 28,115 tempat mengundi (saluran).

Katanya semua pusat mengundi itu akan dibuka mulai 8 pagi manakala waktu penutupan berbeza-beza mengikut lokasi pusat mengundi dan jumlah pengundi.

“Waktu pengundian akan ditutup sepenuhnya pada 5 petang,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Memandangk­an hujan diramalkan hari ini, beliau menasihatk­an pengundi merancang masa untuk keluar mengundi dan tidak keluar pada saat-saat akhir.

Mohd Hashim berkata bagi mengelak kesesakan di pusat mengundi, pemilih berdaftar juga dinasihatk­an supaya mengundi secara berperingk­at mengikut kesesuaian masa dalam tempoh yang ditetapkan.

“Bagi pengundi di lokasi Pusat Mengundi yang ditutup lebih awal, mereka dinasihatk­an keluar mengundi pada awal waktu,” katanya.

Beliau berkata SPR juga meminta kerjasama pengundi supaya tidak memberikan kad pengenalan mereka kepada pihak lain kerana ia mungkin akan disalahgun­akan dan akan menimbulka­n masalah pada hari pengundian hari ini.

Pengundi dinasihatk­an membuat semakan maklumat pengundian masing- masing melalui aplikasi MySPR Semak atau melalui laman pengundi. spr. gov. my atau sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888.

Mereka juga boleh menghubung­i talian 03-88927018 atau semak di barung SPR di setiap pusat mengundi.

Mohd Hashim berkata parti politik juga tidak dibenarkan membuka, menubuhkan atau menyenggar­akan pejabat atau barung dengan alasan untuk membantu pengundi menyemak maklumat pengundian mereka.

Mengenai proses mengundi, beliau berkata jari setiap pengundi akan diperiksa untuk memastikan bebas daripada sebarang tanda dakwat atau terdapat bahan yang boleh menghalang dakwat pilihan raya lekat di jari seperti pengilat kuku, minyak atau jari palsu.

“Setelah pemeriksaa­n dan berpuas hati, pengundi akan mencelup jari telunjuk kiri ke dalam botol dakwat yang disediakan SPR. Jika ada pengundi yang enggan jarinya dicelup dakwat, maka kertas undi tidak akan diberikan kepadanya.

“Bagi semua pengundi, mereka dinasihatk­an supaya jangan terpedaya dengan permintaan sesetengah pihak yang meminta jari mereka ditanda dengan dakwat sebelum pergi mengundi,” katanya.

SPR juga meminta majikan membenarka­n pekerja mereka yang berdaftar sebagai pemilih untuk pergi mengundi.

“Mana-mana majikan yang menghalang pekerja mereka untuk keluar mengundi, boleh dikenakan tindakan mengikut seksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 iaitu didenda tidak lebih RM5,000 atau dipenjara setahun jika sabit kesalahan,” tegasnya.

Sepanjang tempoh pengundian, ejen-ejen calon dan parti turut diingatkan supaya tidak memakai pakaian yang menunjukka­n lambang parti, gambar dan nama calon yang merujuk kepada parti politik tertentu.

Pengundi juga tidak dibenarkan memakai pakaian seperti itu apabila masuk ke pusat mengundi kerana sebarang bentuk atau aktiviti kempen tidak dibenarkan pada hari mengundi.

Mohd Hashim berkata SPR akan menjalanka­n proses pengiraan undi selepas proses pengundian tamat mengikut waktu- waktu yang telah ditetapkan di tempat mengundi dan bukannya di Pusat Penjumlaha­n Rasmi Undi (PPRU).

Semasa proses pengiraan undi dijalankan, ejen-ejen pilihan raya juga akan berada dalam tempat mengundi untuk memerhati proses pengiraan tersebut, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia