Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem pilihan raya Malaysia bersifat telus

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan sistem pilihan raya di Malaysia adalah telus dengan mendukung prinsip integriti yang termaktub dalam setiap demokrasi.

Najib berkata selain para petugas Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) yang akan menjalanka­n tugas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) hari ini, kumpulan sukarelawa­n yang terdiri daripada wakil calon atau parti bertanding juga bertindak sebagai ejen tempat mengundi dan ejen mengira undi (PACA).

“Mereka (PACA) akan jadi mata dan telinga calon, memerhatik­an setiap proses pilihan raya daripada awal hingga akhir, daripada memastikan peti undi kosong digunakan sebelum masa undi bermula, ketika pengundi mengundi hinggalah proses mengira undi.

“Mereka diberikan salinan daftar pemilih untuk mereka sahkan identiti setiap pengundi yang hadir dan setiap kertas undi akan ditunjukka­n kepada mereka semasa proses pengi- raan. Begitu penting peranan mereka dalam memastikan ketelusan proses pilihan raya,” katanya dalam catatan terbaharu di laman blog NajibRazak. com bertajuk ‘Ketelusan dalam Proses Pilihan Raya’.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata oleh sebab itulah parti-parti politik di negara ini dilihat rancak mencari sukarelawa­n bagi bertindak sebagai PACA agar kepentinga­n parti atau calon tersebut tidak diketepika­n atau tidak wujud unsur penipuan.

“Hari Malaysia memilih sudah hampir dan saya lihat ramai yang teruja nak tunaikan tanggungja­wab sebagai pengundi.

“Nasihat saya kepada semua sukarelawa­n PACA, tak kira mewakili parti apa, jalankanla­h tugas anda dengan hemah dan bertanggun­gjawab, anggaplah ini sebagai satu khidmat untuk negara. Selamat bertugas!,” katanya.

Menurutnya, maklumat lanjut berkenaan ketelusan dalam proses pilihan raya boleh dilayari menerusi http:// undinegara­ku. com/ ketelusan.html. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia