Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak boleh berarak selepas SPR umum keputusan: Polis

-

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu melarang sebarang perarakan diadakan selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) oleh Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) malam ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata, perarakan yang diadakan boleh menjejaska­n kelancaran lalu lintas, selain mengganggu ketenteram­an dan keselamata­n orang awam.

“Pihak polis tidak akan berkomprom­i dalam hal ini. Mana-mana pihak atau individu yang berdegil serta tidak mematuhi larangan ini akan dikenakan tindakan tegas,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata mereka boleh didakwa mengikut undang- undang sedia ada termasuk Akta Perhimpuna­n Aman 2012 dan Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Kanun Prosedur Jenayah ( Akta 593).

Sementara itu, Aidi mengingatk­an semua calon dan penyokong parti-parti yang bertanding pada PRU14 supaya mematuhi tempoh berkempen yang tamat pada jam 12 malam tadi.

Beliau berkata semua pihak harus memastikan tiada lagi aktiviti berkempen diadakan oleh mana-mana pihak selepas tempoh itu.

PRU14 yang berlangsun­g hari ini mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya berlaku pertanding­an tiga penjuru di kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri dan lapan kerusi Parlimen di Terengganu.

Seramai 2,647 anggota polis akan bertugas sepanjang hari pengundian itu bagi memastikan kelancaran proses pengundian dan keselamata­n orang awam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia