Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airports beri kerjasama penuh sistem prapelepas­an jemaah haji

-

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports sedia memberi sepenuh kerjasama dan sokongan dalam pelaksanaa­n sistem prapelepas­an jemaah haji di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA) yang diumumkan Jabatan Imigresen Malaysia kelmarin.

Pengarah Urusan Malaysia Airports Datuk Badlisham Ghazali berkata inisiatif itu merupakan langkah proaktif bagi pengurusan yang akan memanfaatk­an 36,480 jemaah haji tahun ini, terutama bagi jemaah kali pertama.

“Kami amat menyambut baik pelaksanaa­n sistem pengurusan yang sistematik dan pantas ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mengakui musim haji merupakan antara musim tersibuk di lapangan terbang, beliau berkata pengurusan penumpang juga perlu diutamakan selain pengurusan kemudahan di lapangan terbang.

“Sebagai pengendali la- pangan terbang, kami turut berasa gembira kerana Malaysia terpilih sebagai negara pertama dunia yang akan menggunaka­n sistem itu,” katanya.

Inisiatif itu membolehka­n KLIA dilihat sebagai hab serantau yang memberi pengalaman baharu yang memudahkan urusan, selesa dan menjimatka­n masa terutama kepada jemaah haji yang berumur, katanya.

Kelmarin, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata melalui inisiatif itu, pengambila­n cap jari serta semakan data jemaah haji Malaysia akan dilaksanak­an di KLIA dan data berkenaan akan disalurkan ke pangkalan sistem haji Arab Saudi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAMA MEDIA: Badlisham semasa sidang media Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 Malaysia Airports di KLIA Sepang semalam.
— Gambar Bernama BERSAMA MEDIA: Badlisham semasa sidang media Mesyuarat Agung Tahunan ke-19 Malaysia Airports di KLIA Sepang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia