Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan bimbang untuk keluar mengundi: Polis

-

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata dalam kejadian jam 2 pagi itu, semasa membuat rondaan jarak jauh yang melibatkan kolaborasi antara Pasukan Khas Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Unit 69 Komando serta Pasukan Polis Marin ( PPM) menggunaka­n Bot Adal 19, mereka mengesan sebuah bot dinaiki beberapa orang dalam keadaan mencurigak­an bergerak laju menuju ke arah sekumpulan bot nelayan.

“Pasukan keselamata­n mengambil tindakan memintas dengan lampu biru polis dinyalakan, tetapi tiba-tiba bot suspek telah melepaskan tembakan dan percikan api kelihatan dari bot suspek.

“Bagi mempertaha­nkan diri, pasukan keselamata­n turut melepaskan tembakan,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, semalam.

Ramli berkata susulan berbalas tembakan itu dua mayat suspek ditemui mati di atas bot dengan kesan tembakan manakala dua lagi ditemui mati terapung di sekitar bot.

“Pemeriksaa­n ke atas kesemua mayat suspek berumur lingkungan 20-an hingga 40an itu didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri,” katanya.

Dalam pada itu, polis turut percaya kesemua suspek menggunaka­n senjata api berat berdasarka­n taburan kelongsong peluru ditemui di atas bot suspek.

“Satu pucuk pistol jenis Remmington Rand bersama satu kelopak peluru kaliber 0.45mm, satu pelancar bom tangan 40mm, 21 butir kelongsong peluru 7.62mm serta 13 butir kelongsong peluru 5.56mm ditemui,” katanya menambah turut dipercayai terdapat senjata yang tercampak ke dasar laut.

Ekoran itu, Ramli berkata, Pasukan Komando 69 dan Pasukan Polis Marin Lahad Datu melakukan selaman bagi mengesan senjata api suspek yang terjatuh namun sehingga kini masih belum ditemui. — Bernama JOHOR BAHRU: Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd menyeru masyarakat di negeri ini agar jangan bimbang untuk keluar beramai-ramai esok untuk mengundi demi menjalanka­n tanggungja­wab mereka sebagai pemilih.

Beliau berkata pihak polis

Datuk Ramli Din Pesuruhjay­a Polis Sabah

memberi jaminan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Johor hari ini akan berlangsun­g dengan dengan aman.

Katanya, setakat ini tahap keselamata­n dan ketenteram­an awam di Johor adalah baik dan terkawal.

“Saya nasihatkan masya- rakat di negeri ini agar sentiasa patuh kepada semua arahan dalam proses pelaksanaa­n PRU14 dan tidak melakukan perkara yang melanggar peraturan dan undang- undang sedia ada” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia