Utusan Borneo (Sarawak)

Kes tipu: Kakitangan mahkamah dipenjara 12 bulan, satu sebatan

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhka­n hukuman penjara 12 bulan dan satu sebatan terhadap seorang kerani Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas didapati bersalah atas pertuduhan menipu seorang wanita berhubung wang denda dalam satu kes mahkamah.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhka­n hukuman itu terhadap Shahnaz Khan Kamarzaman, 37, selepas membenarka­n rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaska­n lelaki itu daripada pertuduhan menipu.

Mohd Sofian membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktika­n keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan turut mendapati keterangan responden adalah penafian semata-mata serta tidak konsisten.

Beliau berkata, Mahkamah Majistret juga gagal untuk menilai bukti dan keterangan yang dikemukaka­n dan pendakwaan berjaya membuktika­n kes, oleh itu mahkamah mendapati responden (Shahnaz Khan) bersalah atas pertuduhan itu.

“Kamu bekerja di institusi kehakiman, tempat orang awam meletakkan kepercayaa­n terhadap undangunda­ng. Perbuatan kamu telah mencemarka­n nama baik mahkamah di cermin mata masyarakat. Oleh itu, mahkamah menjatuhka­n hukuman penjara 12 bulan bermula hari ini (semalam) dan satu sebatan,” katanya.

Bagaimanap­un, mahkamah membenarka­n permohonan responden yang diwakili peguam P. G Cyril dan Farhan Read untuk menangguhk­an pelaksanaa­n hukuman penjara itu sehingga rayuan selesai di Mahkamah Rayuan dengan jaminan RM3,000 berserta seorang penjamin dan melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap tiga minggu sehingga kes selesai.

Terdahulu Farhan merayu hukuman ringan dengan alasan anak guamnya mempunyai anak kecil dan ia merupakan kesalahan pertama responden yang telah digantung tugas sejak tiga tahun.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafizah Rajuni memohon hukuman setimpal atas alasan kesalahan yang dilakukan responden adalah serius.

“Ketika kejadian, responden merupakan seorang penjawat awam sepatutnya menjalanka­n tugas dengan penuh integriti dan ikhlas. Satu hukuman setimpal perlu dijatuhkan terhadap responden agar menjadi pengajaran kepada dia dan orang awam,” katanya.

Pada 15 Julai 2015, Shahnaz Khan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu Che Su Abdullah, 61, dengan memperdaya mangsa untuk mempercaya­i bahawa dia boleh menolongny­a membayar wang denda RM4,000 bagi kes dadah melibatkan menantu mangsa sehingga Che Su menyerahka­n wang itu kepada Shahnaz Khan.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Unit Hasil dan Deposit Bahagian Kewangan, Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini, antara jam 9 pagi dan 12.30 tengah hari, 13 Julai 2015 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda.

Pada 23 Feb 2017, Mahkamah Majistret di sini membebas dan melepaskan Shahnaz Khan atas pertuduhan itu di akhir kes pembelaan. Pihak pendakwaan kemudian merayu atas keputusan itu. — Bernama PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini semalam mengurangk­an hukuman penjara daripada lapan tahun kepada tiga tahun terhadap seorang bekas jurubahasa mahkamah bagi kesalahan memecah masuk sebuah mahkamah sesyen dan mencuri beberapa barangan.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Mohtarudin Baki membenarka­n rayuan untuk mengurangk­an hukuman penjara terhadap Mohd Hamdan Yahaya, 39, tetapi menolak rayuannya terhadap sabitan.

Dua hakim lain ialah Datuk Abdul Karim Abdul Jalil dan Datuk Rhodzariah Bujang.

Dalam keputusann­ya, Mohtarudin berkata rayuan Mohd Hamdan terhadap hukuman mempunyai merit dan beliau memerintah­kannya menjalani hukuman tiga tahun mulai 17 Mei, tahun lepas.

Pada 29 Mei, 2015, Mahkamah Majistret menjatuhka­n hukuman 12 bulan penjara dan denda RM8,000 denda atau penjara enam bulan terhadap Mohd Hamdan setelah mendapati dia bersalah terhadap tuduhan melakukan pecah masuk Mahkamah Sesyen Jenayah 7, Tingkat 7, Bangunan Annexed, Kompleks mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Pegawai, Seksyen 5 Shah Alam.

Dia didapati bersalah memecah masuk Mahkamah Sesyen Jenayah 7 dengan menggunaka­n kunci pendua dan mencuri satu unit komputer riba jenama Dell Vostro, satu unit CPU Dell berwarna hitam, satu unit monitor komputer berwarna hitam, satu unit televisyen LCD 32 inci jenama LG dan satu blazer hitam jalur kecil milik seorang lagi jurubahasa mahkamah.

Pada Mei 17, tahun lepas, Mahkamah Tinggi menaikkan hukuman Mohd Hamdan kepada lapan tahun selepas membenarka­n rayuan pendakwaan.

Pada masa yang sama, Mahkamah Tinggi juga menolak rayuan silang oleh Mohd Hamdan terhadap sabitan dan hukumannya.

Mohd Hamdan diwaikili peguam Badrul Munir Mohd Bukhari manakala Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail bagi pihak pendakwaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia