Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Kedah terima 91 laporan, dua tangkapan

-

ALOR SETAR: Polis Kedah menerima 91 laporan yang membabitka­n dua tangkapan di seluruh negeri ini sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sejak 28 April lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 36 laporan membabitka­n kejadian merosakkan bendera, poster dan kain rentang parti; lapan laporan membabitka­n kesalahan mengikut Akta Anti Berita Tidak Benar 2018; penceroboh­an jenayah (10); kacau ganggu (3) dan laporan berkaitan hal-hal lain mengenai pilihan raya (34).

Pegawai Perhubunga­n Media PRU14 Polis DiRaja Malaysia ( PDRM) Kedah ACP Abdul Rahaman Arsad berkata, pihaknya membuka 16 kertas siasatan bagi kes yang melibatkan kerugian agak besar dan mempunyai sebab untuk meneruskan siasatan.

“Secara keseluruha­nnya, situasi keselamata­n di Kedah setakat ini adalah tenang dan terkawal tanpa sebarang insiden yang menggugat keselamata­n,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata dua tangkapan itu membabitka­n kes khianat terhadap bendera parti di Kulim dan ugutan jenayah di Kota Setar tetapi kedua-dua tertuduh yang berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Abdul Rahaman berkata, sepanjang tempoh berkempen PRU14, sebanyak 829 ceramah diadakan di Kedah dengan Barisan Nasional (BN) mengadakan 534 ceramah, PKR (193) dan PAS (102).

Bagi memastikan proses pengundian esok berjalan lancar, beliau berkata Polis Kedah menugaskan seramai 4,463 pegawai dan anggota termasuk 1,102 orang yang akan membantu Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menjaga pusat dan saluran mengundi di negeri ini.

“Untuk meningkatk­an kesiapsiag­aan polis Kedah sepanjang pengundian dan penjumlaha­n undi serta keputusan, kami akan dibantu oleh satu unit Pasukan Simpanan Persekutua­n ( FRU), satu unit ‘water cannon’, dua Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) dan 20 unit Light Strike Force selain Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Cawangan Khas Bukit Aman,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkua- saan Trafik (JSPT) Kedah turut menempatka­n sejumlah pegawai dan anggota serta menyediaka­n pasukan ‘Jammed Squad’ bagi memastikan kelancaran aliran trafik khususnya di lokasi pusat mengundi dan pusat penjumlaha­n undi.

Bagi masalah lalu lintas, orang ramai boleh menghubung­i Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah atau Bilik Operasi JSPT di talian 04-7741399/04-7328722.

Dalam pada itu, Abdul Rahaman menasihati para pengundi dan penyokong parti politik yang bertanding untuk mematuhi undang-undang pilihan raya dan mengikut arahan pegawai polis yang bertugas dengan tidak mencetuska­n provokasi yang boleh mengganggu gugat ketenteram­an awam sepanjang proses pengundian dan penjumlaha­n undi.

“Polis tidak membenarka­n sebarang perarakan oleh mana-mana parti politik untuk meraikan kemenangan. Penggunaan dron dan peralatan yang boleh mengeluark­an bunyi juga tidak dibenarkan sepanjang proses pengundian berlangsun­g terutamany­a di pusat penjumlaha­n undi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia