Utusan Borneo (Sarawak)

Pembedahan kecemasan akibat pendarahan otak ‘berjalan lancar’, rawatan rapi diperlukan tingkat proses pemulihann­ya

-

LONDON, England: Pemain paling berjaya dalam sejarah Manchester United, Ryan Giggs, mengetuai senarai mereka yang menghantar ucapan selamat sembuh untuk bekas mentor beliau di United, Sir Alex Ferguson berikutan pembedahan kecemasan akibat pendarahan otak.

Dianggap sebagai pengurus paling berjaya dalam bola sepak Inggeris, Ferguson, 76, memenangi 38 trofi sepanjang lebih 26 tahun membimbing United, termasuk memenangi 13 kejuaraan Liga Perdana dan dua Liga Juara-Juara sebelum bersara pada 2013.

United tidak mempunyai perkembang­an terkini tentang keadaan Ferguson sejak mengeluark­an kenyataan bahawa pembedahan yang dilakukan Sabtu lepas “berjalan lancar” tetapi satu tempoh rawatan rapi diperlukan untuk meningkatk­an proses pemulihann­ya.

Giggs, jurulatih kebangsaan Wales, terlibat dalam kesemua 13 kejuaraan liga di bawah Ferguson sepanjang 24 tahun beraksi bersama United.

“Sekarang ia adalah masa untuk berdoa dan berharap beliau boleh sembuh sepenuhnya,” kata Giggs ketika memberitah­u penyiaran BBC Wales.

“Beliau mempunyai pengaruh terbesar dalam karier saya, dalam dan luar padang. Saya tahu pembedahan dilakukan dengan jayanya – tetapi beliau seorang pejuang dan ia adalah apa yang menyebabka­n saya berfikir beliau akan dapat kembali pulih.”

Pemain pertahanan semasa United, Phil Jones, juga yakin dengan peluang Ferguson sihat sepenuhnya walaupun mengakui berasa “sangat sedih’ dengan berita kesihatan beliau.

“Saya sangat sedih,” kata

Sekarang ia adalah masa untuk berdoa dan berharap beliau boleh sembuh sepenuhnya. Ryan Giggs Jurulatih kebangsaan Wales

Jones, yang dibeli oleh F e r g u s o n pada 2011.

“Beliau seorang legenda di mata s a y a . Beliau adalah orang yang membawa saya ke United dan memberikan saya peluang bermain untuk salah satu kelab terbesar di dunia. Beliau seperti seorang ayah kep a d a s a y a d a n dium, anda tidak menemui seseorang yang tidak mendoakan yang terbaik untuk Ferguson,” kata Guardiola.

Ferguson pernah mengeluark­an ungkapan menarik ketika menyertai United dari Aberdeen pada 1986, iaitu menyingkir­kan Liverpool dari “kemuncak kejayaan mereka”.

Beliau benar- benar melakukann­ya dengan United kini memintas Liverpool sebagai kelab paling berjaya dalam bola sepak Inggeris. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KETEPI SENGKETA LAMA: Ferguson (kiri) bersama Mourinho (kanan) menyambut ketibaan Wenger sebelum sepak mula perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Arsenal pada kunjungan terakhir beliau di Old Trafford, Manchester 1 Mei lepas.
— Gambar AFP KETEPI SENGKETA LAMA: Ferguson (kiri) bersama Mourinho (kanan) menyambut ketibaan Wenger sebelum sepak mula perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Arsenal pada kunjungan terakhir beliau di Old Trafford, Manchester 1 Mei lepas.
 ??  ?? GIGGS
GIGGS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia