Utusan Borneo (Sarawak)

Bartomeu akui ada bertemu dengan wakil Griezmann

-

BARCELONA, Sepanyol: Presiden Barcelona, Josep Mar- i a Bartomeu m e n - g a k u i b e l i a u ada bert e m u dengan w a k i l p e n y - e r a n g Atletico Ma- drid, Antoine Griezmann pada bulan Oktober. Griezmann ada menjelaska­n beliau mahu masa depannya ditentukan sebelum Piala Dunia 2018 di Rusia pada musim panas ini selepas Barca dipaksa menafikan pada bulan Januari di mana mereka sudah bersetuju satu perjanjian dengan penyerang antarabang­sa Perancis itu. “Kami mempunyai perbincang­an dengan wakil beliau, seperti dengan wakil lain,” kata Bartomeu ketika memberitah­u radio Catalan, Rac1 Isnin lepas.

“Ia berlaku pada bulan Oktober lalu, satu pertemuan, itu sahaja. Ia seharusnya tidak membangkit­kan sebarang spekulasi.”

Griezmann sudah menjaringk­an 30 gol dalam 51 perlawanan musim ini dan boleh menamatkan kempen dengan memenangi trofi Liga Europa, di mana mereka akan menentang Marseille di final pada lewat bulan ini. Sebarang perjanjian dengan Barcelona akan menambah keraguan tentang masa depan Ousmane Dembele, yang mengharung­i musim sukar di Barcelona ketika ini.

Dembele tiba di Barca dari Borussia Dortmund dengan yuran perpindaha­n 147 juta euro tahun lepas dan Bartomeu menegaskan pemain berusia 20 tahun itu tidak akan meninggalk­an kelab pada musim panas ini.

“Ia tidak dalam perancanga­n,” kata beliau. “Dembele adalah salah seorang pemain masa hadapan kelab dan kami menjangkak­an yang lebih bagus lagi dari beliau pada musim hadapan.” — AFP

 ??  ?? GRIEZMANN
GRIEZMANN
 ??  ?? BARTOMEU
BARTOMEU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia