Utusan Borneo (Sarawak)

JDT II melakar kemenangan pertama Menewaskan Sarawak 2-0 di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang aksi Liga Premier

-

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim II ( JDT II) berjaya mencatat kemenangan sulung dalam saingan Liga Premier musim ini selepas menewaskan Sarawak 2- 0 di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang, malam kelmarin.

Bagaimanap­un, kejayaan meraih tiga mata itu tidak mengubah kedudukan JDT II yang kini terus menghuni tangga tercorot liga selepas mengharung­i 10 perlawanan.

Skuad Harimau Selatan itu untuk berkongsi tujuh mata bersama Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM) di tempat ke- 10.

Pada aksi tersebut, gol pembukaan skuad kendalian Benjamin Mora Mendivil itu dijaringka­n pemain import, Nicolas Alberto Fernandez pada minit t ke- 14.

Jaringan an itu diperolehi i selepas penynyeran­g keel a h i r a n Argentina a itu bijak k m e n g - h u k u m kesilapan n p e n j a g a gol pasukan an pelawat, Mohamad Firdaus irdaus Muhamad. d.

Penyerang muda meningkat naik, Muhammad Hadifayyad­h Abdul Ra- zak hampir mele meledak gol kedua b buat JDT II pada minit ke- 20, namun percubaann­ya tersasar.

JDT II akhirnya berjaya memperoleh­i gol kedua menerusi Muhammad Hafiy Haikal Ismail pada minit ke- 80.

Muhammad Hafiy me- lepaskan rembatan kencang selepas berjaya mencari ruang di dalam kotak penalti untuk menyempurn­akan sepakan sudut Nicolas Alberto Fernandez.

Keputusan 2- 0 kekal hingga ke wisel penamat.

JDT II dijadualka­n akan menentang Sabah di venue yang sama pada Jumaat ini. — Bernama

 ??  ??
 ?? —Gambar Bernama ?? HILANG PENGUASAAN: Pemain JDT II Ramzi Haziq Mohamad terlepas bola setelah diasak dua pemain Sarawak Rames Lai Ban Huat dan Kim Chigon pada perlawanan Liga Premier di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang, J Johor Bahru kelmarin.
—Gambar Bernama HILANG PENGUASAAN: Pemain JDT II Ramzi Haziq Mohamad terlepas bola setelah diasak dua pemain Sarawak Rames Lai Ban Huat dan Kim Chigon pada perlawanan Liga Premier di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang, J Johor Bahru kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia