Utusan Borneo (Sarawak)

Ribery tandatanga­ni kontrak lanjutan satu tahun, kekal di Allianz Arena sehingga 2019

-

BERLIN, Jerman: Pemain sayap veteran, Franck Ribert, 35, menandatan­gani kontrak lanjutan satu tahun untuk terus kekal di Bayern Munich sehingga 2019, menurut kelab gergasi Bundesliga Jerman itu Isnin lepas.

“Saya berasa gembira untuk dapat bermain untuk satu tahun lagi di kelab hebat ini,” kata Ribery dalam satu kenyataan.

“Munich sudah lama menjadi kediaman untuk keluarga saya dan saya dan kerana itu, saya berasa bangga untuk dapat bermain untuk FC Bayern musim hadapan.”

Ribery menyertai Bayern pada 2007, menjaringk­an 80 gol dalam 247 perlawanan liga dan memenangi trofi Bundesliga Jerman untuk rekod kali kelapan musim ini.

“Kami berasa sangat gembira kerana Franck akan terus kekal,” menurut pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidz­ic.

“Musim ini, Franck membuktika­n sekali lagi dalam liga dan juga dalam Liga Juara-Juara dan Piala Jerman di mana beliau mempunyai kemampuan dan kualiti yang masih berbisa.”

Walaupun kecederaan lutut pada bulan Oktober lepas menyebabka­n beliau tidak beraksi selama 10 perlawanan, Ribery berjaya menjaringk­an lima gol dari 19 perlawanan liga musim ini.

Beliau menjadi pemain utama Bayern ketika memenangi tiga kejuaraan pada 2013 – Bundesliga, Piala Jerman dan Liga Juara-Juara dengan menjaringk­an 11 gol dan mengumpan 23 gol dari 43 perlawanan.

“Apabila saya datang ke Munich pad 2007, saya mahu melonjak karier saya ke tahap seterusnya,” kata Ribery.

“Tetapi saya tidak membayangk­an akan memenangi lapan trofi Bundesliga, lima trofi Piala Jerman dan satu trofi Liga Juara-Juara bersama kelab ini.”

Namun, menurut laporan, Ribery dijangka perlu bersaing untuk tempat dalam kesebelasa­n utama pada musim hadapan kerana Bayern dikatakan mahu memberi keutamaan kepada bintang muda seperti Serge Gnabry, 22, yang akan kembali dari tempoh pinjaman dari Hoffenheim dan Kingsley Coman, 21, yang ketika ini direhatkan kerana kecederaan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia