Utusan Borneo (Sarawak)

Keith Lim yakin berada di landasan terbaik ke Sukan Asia 2018

-

KUALA LUMPUR: Perenang negara Keith Lim yakin beliau berada di landasan yang betul untuk mencari slot ke temasya Sukan Asia 2018 dalam acara 100m dan 50m gaya bebas lelaki.

Perenang yang mewakili Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur itu mencatat masa 51.01 saat untuk meraih pingat emas acara 100m gaya bebas lelaki di Kejohanan Renang Terbuka Malaysia 2018 yang berlangsun­g di Pusat Akuatik Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil.

Pingat perak dimenangi perenang Hong Kong, Jeremy Wong Chen Ho dengan catatan masa 51.24s diikuti perenang Selangor, Chan Jie dengan 51.48s untuk pingat gangsa.

“Bagi saya ia adalah lebih baik kerana saya melakukan lebih perlahan daripada ini (51.01s). Saya berada di landasan yang betul.

“Tumpuan saya sudah pasti Sukan Asia pada Ogos ini. Saya tidak berapa pasti mengenai masa kelayakan (bagi 100m gaya bebas) tetapi untuk selamat saya akan cuba di bawah 51.00s,” katanya.

Selain acara 100m gaya bebas, Keith juga akan mengambil bahagian dalam cara 50m gaya bebas, yang juga menjadi sasaran beliau untuk layak ke Sukan Asia di Jakarta/ Palembang nanti.

Pada penampilan di Sukan Komanwel, April lepas, Keith mencatat masa 23.33s dalam acara 50m gaya bebas, iaitu menyamai catatan rekod peribadi terbaiknya.

“Saya menyasarka­n untuk memecahkan rekod kebangsaan dalam acara seterusnya, 50m gaya bebas,” katanya.

Seorang lagi perenang negara, Caroline Chan yang mewakili Selangor pula meraih pingat perak dalam acara 100m kuak lentang wanita dengan merekod masa 1:07.60s, di belakang perenang Hong Kong Stephanie Au Hoi Shun yang mencatat masa 1:01.65s untuk pingat emas. Pingat gangsa dimenangi seorang lagi perenang Selangor, Nessa Yip yang mencatat 1:07.75s.

Walaupun catatan masanya jauh daripada rekod peribadi iaitu 1:05.50s, perenang berusia 23 tahun itu tetap berpuas hati dengan pencapaian­nya kali ini.

“Untuk kejohanan ini, kami tidak mempunyai cukup rehat jadi catatan masa itu masih boleh diterima. Saya telah mencuba yang terbaik tetapi Stephanie lebih cemerlang, beliau telah berjaya ke Olimpik. Saya boleh katakan dia adalah lebih baik daripada kami,” katanya.

Ditanya mengenai perancanga­n ke Sukan Asia pula, Caroline berkata ia bergantung kepada keputusan Persatuan Renang Amatur Malaysia ( ASUM) untuk menyenarai­kan nama atlet renang ke temasya itu nanti. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSEMANGA­T: Keith Lim (tengah) memenangi pingat emas dalam acara renang bebas lelaki 100 meter akhir pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia Ke-61 pada 4 Mei lepas.
— Gambar Bernama BERSEMANGA­T: Keith Lim (tengah) memenangi pingat emas dalam acara renang bebas lelaki 100 meter akhir pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia Ke-61 pada 4 Mei lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia