Utusan Borneo (Sarawak)

Umur sekadar angka buat Nolan terus bergiat aktif dalam sukan

-

KUCHING: Atlet bina badan veteran, Nolan Chee terus bergiat aktif dalam sukan kegemaran beliau biarpun sudah melepasi umur setengah abad.

Pingat gangsa dibawa pulang pada Kejuaraan Ke-52 Persekutua­n Bina Badan dan Sukan Kecergasan (IFBB) Asia di UlaanBaata­r, Mongolia membuktika­n umur adalah sekadar angka buat bapa kepada dua remaja lelaki itu.

Nolan bersaing dalam kategori veteran (umur 50 hingga 54 tahun) - 80 kilogram ke atas yang dijuarai oleh atlet bina badan Republik China, Li Hua Dong manakala Abbas Fadhil mewakili Iraq menduduki tempat kedua.

Beliau mengakui saingan memang sengit kerana semua peserta berpengala­man dan masing-masing membuat persediaan rapi sebelum kejohanan.

“Saya sendiri menggunaka­n sepenuhnya suku tahun pertama 2018 untuk persediaan bagi kejuaraan IFBB Asia ini.

“Saya bersyukur kerana memiliki keluarga dan rakanrakan banyak membantu dan menyokong saya. Tidak dilupakan buat Presiden IFBB Malaysia, Edmund Chong atas cadangan beliau untuk saya menyertai kejohanan ini,” katanya kepada Utusan Borneo melalui aplikasi ‘whatsApp’ di sini semalam.

Nolan berkata, jadual pertanding­an beliau bagi tahun ini akan diteruskan dengan Kejuaraan IFBB Singapura 2018 dijadualka­n berlangsun­g pada Ahad ini (13 Mei).

“Saya difahamkan IFBB Malaysia mengesyork­an saya untuk dua kategori iaitu veteran bawah 80 kilogram dan Bina Badan Lelaki Klasik di Singapura nanti.

Namun, saya boleh nyatakan dengan pasti bahawa saya akan menyertai kategori veteran.

Selepas Singapura, Nolan bersedia untuk dua kejohanan iaitu Global Classic 2018 di Hong Kong dan Piala Bina Badan Dunia IFBB 2018 in Romania, kedua-duanya berlangsun­g pada November nanti.

Kejohanan di Singapura hujung minggu ini merupakan penampilan Nolan kali ke-12 pada kejuaraan bina badan peringkat antarabang­sa sejak 2001.

 ??  ?? JAGUH ASIA: (Dari kanan) Chee, Li dan Abbas mempamerka­n aksi menarik selepas pengumuman keputusan bagi kategori veteran (umur 50 hingga 54 tahun) — 80 kilogram ke atas.
JAGUH ASIA: (Dari kanan) Chee, Li dan Abbas mempamerka­n aksi menarik selepas pengumuman keputusan bagi kategori veteran (umur 50 hingga 54 tahun) — 80 kilogram ke atas.
 ??  ?? RAKAN SEPERJUANG­AN: Chee dan Chong di belakang pentas ketika menyertai kejohanan peringkat antarabang­sa.
RAKAN SEPERJUANG­AN: Chee dan Chong di belakang pentas ketika menyertai kejohanan peringkat antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia