Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Twister MZJ Belgium dinobatkan juara futsal ‘Russia 2018 World Cup Fever’

-

KUCHING: Sempena menghangat­kan temasya Piala Dunia Russia 2018 yang berlangsun­g Jun depan, Futbolista Club menganjurk­an pertanding­an futsal ‘Russia 2018 World Cup Fever’ pada 6 Mei lalu di Stadium Muhibah, Bintulu.

Pertanding­an itu menampilka­n keunikan kerana pasukan mengambil bahagian menggunaka­n nama negara terlibat pada Piala Dunia 2018.

Berakhir saingan, Twister MZJ Belgium muncul juara setelah menewaskan Chismore Iran dengan 2-1. Manakala tempat ketiga dimenangi Forca FT Nigeria menewaskan Flamingo Rangers Columbia 1-0 pada aksi ‘playoff’.

Empat pasukan berada dalam kelompok lapan pasukan teratas ialah KP FC Bintulu Spain, KP FC Belaga Korea Rep, Kidurong Germany dan Pantos FC Argentina.

Semua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai, piala dan pingat.

Twister MZJ Belgium turut pulang dengan anugerah tambahan setelah pemainnya, Ayub Ahmad diangkat selaku Pemain Terbaik. Anugerah Penjaga Gol Terbaik dirangkul pemain Forca FT, Elfie Ezyan.

Manakala Flamingo Rangers Columbia dinobatkan Pasukan Terbaik.

Saingan seterusnya diadakan di King Sport Centre, Miri pada 8 Julai, sementara Bukit Lima, Sibu pada 7 dan 8 Julai, Stadium Futsal Tertutup, Sarikei pada 14 dan 15 Julai dan Pusat Sukan Stakan, Kuching pada 29 Julai.

Pendaftara­n pasukan boleh dilakukan menerusi ‘WhatsApp’ di talian 019-5409005.

Pertanding­an dianjurkan oleh Futbolista Club dan dikendalik­an oleh Philemon5v­5 Mastermind Team.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia