Utusan Borneo (Sarawak)

Skuad Sarawak bakal berdepan tindakan tegas jika prestasi terus merudum: FAS

-

KUCHING: Susulan kekalahan mengejut 2-0 Sarawak di tangan Johor Darul Ta’zim II dalam aksi Liga Premier malam kelmarin, Presiden Persatuan Bola Sepak S a r a w a k (FAS)Datuk Posa Majais tampil memberi kata dua kepada barisan pegawai, jurulatih dan pemain untuk bangkit atau berdepan tindakan.

Mengakui sukar menerima kekalahan di tangan skuad tercorot Liga Premier itu, Posa menegaskan penamatan kontrak antara langkah drastik yang akan diambil FAS jika prestasi skuad itu terus merudum selepas ini. “Ini amaran terakhir kita ( FAS) kepada skuad senior. Amaran ini untuk semua melibatkan pegawai, barisan jurulatih serta pemain,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam. Menurut Posa, apa yang

mengecewak­an beliau ialah kesukaran pemain-pemain mahupun jurulatih untuk membalas pengorbana­n FAS dengan menyumbang keputusan positif kepada skuad Sarawak.

“Mengapa sukar bagi semua yang berada dalam skuad Sarawak membalas pengorbana­n yang telah dilakukan oleh pengurusan FAS ketika ini.

“Saya rasa mana-mana pihak pengurusan persatuan negeri lain juga mungkin mengambil pendekatan sama mengambil kira situasi berlaku seperti ini,” jelas beliau.

Justeru, beliau mengingatk­an barisan pegawai, jurulatih dan pemain-pemain untuk memperbaik­i prestasi skuad Sarawak pada perlawanan seterusnya.

Untuk rekod, Sarawak hanya mengutip satu mata dalam empat perlawanan terakhir dengan tiga daripadany­a mencatat kekalahan.

“Kita tidak mahu keputusan negatif berterusan kerana boleh memberi impak cukup besar terhadap kedudukan pasukan Sarawak ketika ini,” katanya.

Sarawak akan menentang Pulau Pinang di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada 13 Mei ini.

 ??  ??
 ??  ?? DIASAK: Pemain JDT II, Nicolas Alberto Fernandez diasak pemain Sarawak Shazalee Ramlee pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG) kelmarin.
DIASAK: Pemain JDT II, Nicolas Alberto Fernandez diasak pemain Sarawak Shazalee Ramlee pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandara­n Pasir Gudang (MPPG) kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia