Utusan Borneo (Sarawak)

Tarikan unik dalam dingin Harbin

-

Harbin yang juga ibu kota dan bandar terbesar di wilayah Heilongjia­ng dan terletak lebih 1,050 kilometer dari Beijing kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong dari Amerika dan Eropah, namun masih kurang dikenali di rantau ini termasuk Malaysia.

Justeru, pelbagai usaha dijalankan untuk memperkena­lkan Harbin termasuk lawatan media yang disertai 18 pengamal media dari negara-negara Asia Tenggara (kecuali Brunei), baru-baru ini.

Lawatan tujuh hari mulai 7 Januari itu dianjurkan oleh China National Tourism Administra­tion (CNTA) dan China Radio Internatio­nal (CRI). SEJUK ENAM BULAN

Penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Beijing selama kira-kira enam jam dan keesokan harinya perjalanan dengan kereta api laju selama enam setengah jam memang agak memenatkan dan boleh menyebabka­n keterujaan menjadi hambar.

Namun, sesiapa sahaja yang mengunjung­i Harbin pasti akan bersemanga­t semula sebaik sahaja tiba di bandar itu ketika salji sedang turun, terutamany­a bagi pengunjung dari negara Khatulisti­wa seperti Malaysia.

Harbin bukan sahaja sebuah bandar moden, malah adalah hab pelbagai aktiviti untuk wilayah Heilongjia­ng. Walaupun diselaputi salji, bangunan-bangunan di bandar ini gah dengan identitiny­a tersendiri.

Harbin memang sejuk, tersangat sejuk! Dan… Harbin mengalami musim sejuk selama enam bulan, mulai Disember.

Kesemua peserta rombongan itu lengkap berpakaian sesuai untuk menghadapi suhu antara -15 dan -30 darjah Celsius itu. Menariknya, para peserta rombongan itu turut cuba menikmati aiskrim potong dalam suhu sejuk sebegitu. Suhu musim panasnya kirakira 21 darjah Celsius. ‘TARIAN’ PAUS BELUGA

Destinasi pertama rombongan media ini adalah lawatan ke Harbin Polarland yang sememangny­a popular dalam kalangan pelancong ke Harbin.

Kira-kira 20 minit perjalanan bas dari hotel di pusat bandar, Harbin Polarland, terdapat sebuah taman tema yang mengumpulk­an pelbagai haiwan kutub utara dan selatan.

Antara haiwan yang terdapat di sini adalah penguin, beruang polar, serigala Artik, walrus dan paus beluga. Haiwan-haiwan berkenaan mempunyai jadual persembaha­n masing-masing.

Antara yang paling menarik adalah persembaha­n ‘Heart of the Ocean’ oleh sepasang paus beluga bersamasam­a jurulatih di situ.

Pasangan beluga berkenaan, Mila (betina) dan Nicola (jantan), masing-masing berusia 16 dan 15 tahun tinggal di dalam tangki air sedalam enam meter dengan suhu kawalan pada tahap 13 darjah Celsius.

Pengunjung pasti terpegun dengan ‘tarian air’ oleh Mila dan Nicola serta jurulatihj­urulatih di situ yang mempersemb­ahkan pelbagai posisi dan pergerakan, malah ada ketikanya ‘bergulingg­uling’ dan berpusingp­using di dalam air bagaikan acara renang berirama. UKIRAN AIS DAN SALJI

Destinasi kedua adalah Sun Island yang juga tapak berlangsun­gnya festival salji, terletak hanya lima minit perjalanan dengan bas dari Harbin Polarland. Sun Island sebenarnya adalah sebuah pulau kecil seluas 3,800 hektar yang terletak di sungai utama bandar Harbin, Sungai Songhua.

Terdapat pelbagai arca mengagumka­n dalam pelbagai bentuk diperbuat daripada salji yang dimampatka­n supaya mampu mengekalka­n bentuknya.

Reka bentuk setiap daripadany­a kelihatan sangat rumit dan halus, layak memenangi anugerah.

Waktu terbaik untuk melihat arca-arca salji adalah di bawah cahaya matahari.

Kawasan arca salji tidak diterangi lampu pada waktu malam berbanding arca-arca ais di tapak festival Grand World of Ice and Snow, yang terletak tidak jauh dari situ, di mana terdapat pelbagai binaan, gelongsor dan laluan berselirat diperbuat daripada ais.

Kira-kira pukul tiga petang hari sudahpun mula gelap. Suasana di tapak festival berkenaan yang dipenuhi ukiran ais diterangi pelbagai lampu berwarna-warni mewujudkan pemandanga­n yang mengagumka­n.

Terdapat pelbagai reka bentuk bangunan yang menjadi replika bangunan sebenar di serata dunia dan bermacam-macam bentuk arca yang nampak begitu realistik. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia